Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11 syarikat disekat ambil pekerja asing baru ekoran kematian: MOM

Jan 01, 2023 | 05:30 AM



SEBANYAK 11 syarikat telah disekat daripada mengambil pekerja asing baru selepas kemalangan serius dan yang membawa maut berlaku di tempat kerja mereka, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah syarikat tersebut secara peribadi bertanggungjawab atas kemalangan tersebut dan memastikan kelemahan keselamatan di tempat kerja mereka diperbetul, tambah kementerian itu.



Syarikat yang dilarang mengambil pekerja asing baru itu termasuk Lefong Building Services Pte Ltd, Green Recycling Pte Ltd, Nakano Singapore Pte Ltd, Pacific Trans Pte Ltd, Plant General Services Pte Ltd, Home Cleanz Cleaning & Laundry Services Pte Ltd, Penta Landscape Pte Ltd, Woh Hup Pte Ltd, Soil-Build Pte Ltd, Seng Yew Scaffolding and Engineering Pte Ltd, dan China Construction Realty Pte Ltd.



MOM menyatakan demikian dalam kenyataan semalam menyusuli satu kes nahas di tempat kerja pagi kelmarin yang menyebabkan kematian seorang warga India berusia 38 tahun.



Pekerja itu mati selepas kebakaran melibatkan silinder gas berlaku di sebuah bangunan di 21 Tuas Avenue 3.



Kesnya merupakan kematian ke-46 di tempat kerja pada 2022.



MOM mengarahkan majikannya, Asia Technical Gas, untuk menghentikan semua kegiatan kerja berkaitan pemeriksaan dan penyenggaraan silinder gas mudah terbakar.



"Majikan diingatkan bahawa keselamatan mesti menjadi keutamaan mereka.



"Mereka yang mempunyai kelemahan keselamatan yang besar akan dipertanggungjawab dan mungkin berdepan penalti kewangan, arahan berhenti kerja, sekatan mendapatkan tenaga kerja asing dan pendakwaan.



"Di bawah tempoh Keselamatan Dipertingkatkan, lebih banyak syarikat memberi lebih perhatian kepada keselamatan di tempat kerja tetapi masih terdapat segmen yang berprestasi buruk dan perlu peningkatan," kata kementerian itu.



Pada 1 September lalu, MOM menggesa agar tempoh keselamatan yang dipertingkatkan selama enam bulan dilaksanakan sehingga 28 Februari 2023, menyusuli beberapa kematian di tempat kerja.



Sebagai sebahagian daripada tempoh keselamatan yang dipertingkat itu, syarikat dalam sektor berisiko tinggi seperti pembinaan dan pengilangan perlu berhenti daripada rutin kerja harian mereka secara mandatori untuk menyemak proses keselamatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >