Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11,000 keluarga dapat geran $211j beli flat jualan semula dekat ibu bapa atau anak

Feb 11, 2018 | 02:48 PM



SEKITAR  11,000 keluarga    telah memanfaatkan  geran pemerintah  bagi  membeli flat jualan  semula untuk tinggal bersama atau berdekatan ibu bapa mereka atau anak yang sudah berkahwin sejak Ogos 2015.



Sebanyak   1,000 keluarga pula    akan menerima geran itu sebaik sahaja urus niaga jualan semula mereka selesai, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan pada  Ahad (11 Feb).



Sekitar  12,000 keluarga   yang memanfaatkan Geran   Perumahan Berhampiran    (PHG) itu membentuk  kira-kira satu perempat daripada 50,000 transaksi jualan semula yang didaftarkan antara 24 Ogos 2015 dan 31 Disember tahun lepas.



PHG berjumlah kira-kira  $211 juta  telah dikeluarkan kepada 11,000 keluarga, kata HDB.



Di bawah PHG, yang diperkenal pada  Ogos 2015, semua warga   Singapura yang membeli flat jualan  semula untuk tinggal bersama atau dekat ibu bapa mereka atau anak yang sudah berkahwin akan menerima geran  sebanyak $20,000.



Warga bujang  yang layak juga akan menikmati PHG sebanyak $10,000 jika mereka membeli flat jualan semula untuk tinggal bersama   ibu bapa mereka.



Semua warga Singapura layak  mendapat  PHG sekali, tanpa mengira pendapatan isi rumah mereka, pemilikan hartanah privet,  atau apakah   mereka telah menikmati subsidi perumahan sebelum ini, apabila mereka membeli flat jualan semula untuk tinggal bersama atau berdekatan ibu bapa mereka atau anak yang sudah berkahwin.



Bagaimanapun, pemilik hartanah privet  perlu melupuskan hartanah privet   mereka dalam tempoh enam bulan dari pembelian flat  jualan semula.



PHG melengkapkan langkah-langkah lain untuk membantu rakyat Singapura membeli flat HDB baru untuk tinggal bersama   atau berdekatan ibu bapa mereka atau anak yang sudah berkahwin, seperti Skim Keutamaan Anak Sudah Berkahwin,    Skim Keutamaan Berbilang Generasi, Skim Keutamaan Warga Emas dan flat   Tiga Generasi.



Mereka termasuk pasangan muda yang membeli rumah pertama mereka, pasangan suami isteri yang membeli flat pertama mereka jauh dari ibu bapa mereka dan kini ingin tinggal dekat dengan mereka,  atau ibu bapa yang ingin mendapatkan wang daripada  flat   sedia ada mereka dan berpindah ke flat jualan semula untuk tinggal bersama atau berdekatan  anak mereka.



Daripada 12,000 keluarga itu,   54 peratus adalah keluarga    yang tidak layak  mendapatkan geran perumahan sebelum pengenalan PHG.



Keluarga membentuk   93 peratus pemohon, manakala selebihnya  orang bujang.



Sebanyak 93 peratus pemohon adalah anak yang  membeli flat jualan semula    untuk tinggal  lebih dekat atau bersama  ibu bapa mereka untuk  menjaga  dan menyokong satu sama lain,  manakala baki ialah ibu bapa yang  membeli flat jualan semula  untuk tinggal berhampiran atau bersama anak mereka.



Sekitar  16 peratus pemohon PHG memilih tinggal di blok atau flat yang sama.



Di samping PHG, keluarga   kali pertama    yang membeli flat  jual semula yang layak  juga layak mendapat Geran Perumahan CPF – bagi   keluarga kali pertama  yang mempunyai  pendapatan hingga $12,000 sebulan –  dan Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG) untuk yang bergaji hingga $5,000 sebulan.



Geran Perumahan CPF memberi $50,000 jika keluarga membeli flat jualan semula empat bilik atau lebih kecil,   dan $40,000 jika mereka membeli flat jualan semula  lima bilik atau  lebih besar. AHG boleh berjumlah  hingga $40,000 bagi flat  jualan   semula.



Secara keseluruhannya, keluarga kali pertama   yang layak yang  membeli flat jualan semula boleh menerima geran perumahan berjumlah hingga $110,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >