Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$110,000 hilang akibat penipuan pinjaman; penipu berpura jadi pegawai MAS, MinLaw

Oct 15, 2019 | 05:58 PM



SATU skim penipuan pinjaman baru telah timbul hingga menyebabkan mangsa hilang sekurang-kurangnya $110,000 semenjak September, kata Kementerian Undang-undang (MinLaw) dan polis semalam (14 Oktober).





Dalam penipuan terkini, penipu telah berpura-pura menjadi pegawai MinLaw atau Penguasa Kewangan Singapura (MAS), atau kedua-duanya, kata polis.



Menurut The Straits Times (ST), lebih daripada 20 laporan polis dibuat sejak bulan lalu.



Mangsa telah dihubungi oleh penipu setelah mereka membalas mesej tanpa diminta mengenai pinjaman wang.



Mereka kemudian menerima satu dokumen PDF yang dihantar penipu, yang memberitahu mereka agar membayar MinLaw atau MAS, atau kedua-duanya, duit pendahuluan dan 7 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) agar pinjaman itu diluluskan.



Ini bertujuan untuk menipu mangsa, agar mereka percaya bahawa mereka sedang berhubungan dengan peminjam wang berlesen, kata polis.



Beberapa mangsa juga menerima lagi satu dokumen PDF, yang seolah-olah permohonan pinjaman itu telah diproses.



Apabila mangsa tidak mahu membuat pembayaran, para penipu akan mengugut mereka dan berkata bahawa pinjaman telah diluluskan dan bayaran proses akan dikenakan jika pinjaman dibatalkan.



Menurut polis, pemiutang wang yang berlesen tidak dibenarkan membuat panggilan mahupun menghantar mesej yang tidak diminta kepada orang awam.



Pemiutang wang berlesen tidak akan meminta bayaran sebelum pinjaman diberikan, atau untuk menjamin pinjaman itu. Bayaran pentadbiran mungkin dikenakan setelah pinjaman diluluskan, namun biasanya ia akan dipotong daripada jumlah pinjaman pokok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >