TERDAPAT 1,101 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan pada Khamis (2 Dis), merosot daripada 1,324 pada Rabu.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 berada pada 0.7, naik daripada 0.67 pada Rabu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.
Kadar tersebut berada di bawah angka satu selama 20 hari berturut-turut. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan bilangan kes baru Covid-19 mingguan semakin menurun.
Selain itu, kadar penggunaan unit jagaan rapi (ICU) berada pada 56.4 peratus pada Khamis, turun daripada 59.7 peratus pada Rabu.
Terdapat sembilan orang berusia antara 56 dengan 99 tahun meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan Covid-19, umum MOH.
Kesemua mereka mempunyai pelbagai isu kesihatan, tambah MOH, tanpa memberi butir lanjut.
Kematian terbaru menjadikan jumlah kematian di Singapura kepada 735.
Jangkitan baru itu merangkumi 1,050 kes dalam masyarakat, 41 di asrama pekerja migran dan 10 kes import.
Daripada kes masyarakat, 155 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
Jumlah kes di Singapura kini berjumlah 267,150.
Sehingga Khamis, 87 peratus daripada penduduk kita telah menjalani vaksinasi penuh mereka/dapatkan dua dos vaksin, dan 27 peratus telah mendapatkan dos penggalak.