Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

111 orang diberkas dalam operasi polis

Oct 02, 2015 | 03:20 PM



POLIS telah memberkas 111 orang, berumur antara 15 dan 68 tahun, dalam satu operasi antipemiutang tanpa lesen yang dijalankan selama tiga hari berakhir semalam.


Dalam kenyataannya hari ini, polis menyatakan mereka yang dicekup terdiri daripada 77 lelaki dan 34 wanita, dipercayai terlibat dalam kegiatan pemiutang haram.


Semasa operasi itu, para anggota dan pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan enam divisyen darat polis telah melakukan serbuan serentak di beberapa tempat di sini untuk melakukan penangkapan.


Siasatan awal mendapati seorang suspek dipercayai menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen, dan 15 suspek lain dipercayai bertindak sebagai kuncu-kuncu yang membantu si pemiutang haram menjalankan perniagaan mereka.


Mereka membantu dengan melakukan pemindahan wang menerusi mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan mendapatkan kad-kad ATM untuk digunakan sindiket.


Empat suspek lain dipercayai melakukan tugas mengancam penghutangdengan cara melempar cat atau menconteng tembok dengan contengan berkaitan hutang.


Sejumlah 91 suspek yang lain dipercayai telah membuka akaun bank dan memberikan kad ATM dan nombor pengenalan peribadi (PIN) kepada pemiutang bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara haram.


Siasatan ke atas semua suspek sedang dijalankan.


Polis dalam kenyataannya memberi amaran bahawa pesalah kali pertama yang didapati salah membantu perniagaan pemiutang tanpa lesen boleh didenda antara $30,000 dan $300,000, atau dipenjarakan bagi satu tempoh sehingga empat tahun dan boleh disebat sehingga enam kali sebatan.


Pesalah kali pertama yang didapati salah melakukan tindakan mewakili pemiutang tanpa lesen, melakukan atau cuba melakukan sebarang tindakan bersifat ancaman, boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda antara $5,000 dan $50,000 dan boleh disebat antara tiga dan enam kali sebatan.


Sesiapa yang didapati salah kerana memberi maklumat palsu untuk mendapatkan pinjaman wang dari pemiutang tanpa lesen boleh dipenjara bagi tempoh sehingga 12 bulan.


Di bawah Akta Pendaftaran Nasional, sesiapa yang bersalah atas kegagalan melaporkan perubahan alamat, boleh didenda sehingga $5,000, atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >