Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

1.13 juta isi rumah terima pelitup Yayasan Temasek

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 1.13 juta isi rumah telah memanfaatkan pengedaran Yayasan Temasek terkini - yang berakhir pada hari 26 September - untuk mendapatkan pelitup percuma.



Di bawah usaha pengedaran kelima oleh yayasan itu, setiap isi rumah layak mendapat 50 pelitup pembedahan bergred perubatan dan 25 pelitup jenis pernafasan N95 di pusat beli-belah CapitaLand dan pasar raya terpilih, lapor The Straits Times.



Pengedaran itu merupakan kali pertama pelitup pembedahan bergred perubatan pakai buang diedarkan, memandangkan kemunculan varian Covid-19 yang lebih mudah menular, kata yayasan itu.



Ketika usaha sepanjang sebulan dilancarkan pada 26 Ogos, lebih 100,000 isi rumah telah mengambilnya, dengan barisan beratur bermula seawal satu jam sebelum pengedaran bermula di beberapa pusat beli-belah.



Beberapa orang bimbang kekurangan stok kerana bekalan habis seawal tengah hari di tempat-tempat seperti Cold Storage di Heartland Mall di Hougang.



Yayasan Temasek berkata bahawa meskipun tempat pengumpulan kadangkala kehabisan pelitup, stoknya mencukupi.



Penduduk boleh mengunjungi tempat pengumpulan lain atau kembali pada hari lain.



Memerhatikan barisan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi pada beberapa hari pertama latihan ini, seorang jurucakap berkata orang ramai dapat jimatkan masa dengan mengumpulnya pada hari lain semasa tempoh pengedaran.



Setiap tempat pengumpulan dikatakan akan mendapat bekalan tambahan semula apabila diperlukan.



The Straits Times berkata mereka tidak melihat barisan panjang di tiga cawangan yang dikunjunginya seminggu sebelum pengedaran berakhir.



Tempat pengumpulan di Cold Storage di Nex Mall di Serangoon, Aperia Mall di Kallang Avenue dan pasar raya Sheng Siong di Bedok Reservoir Road diperhatikan mempunyai stok yang mencukupi, dan pengedaran pelitup lancar.



Orang ramai dapat cari tempat pengumpulan terdekat mereka - di lebih daripada 130 lokasi - dan memeriksa apakah stok ada di laman web https://stayprepared.sg/staymasked/onetime/.



Temasek Foundation berkata akaun korporat dan harta tanah komersial yang tidak mempunyai akaun kediaman SP - seperti pangsapuri servis, hostel, dormitori dan penginapan fakulti - tidak termasuk dalam pengedaran ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >