Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

117 pesakit dan staf poliklinik Bukit Merah silap terima dos vaksin lebih rendah

Oct 24, 2021 | 06:49 PM



SERAMAI 117 pesakit dan kakitangan di poliklinik Bukit Merah diberi dos vaksin Covid-19 yang salah, dengan hanya 10 peratus dos yang disyorkan, antara hari Rabu (20 Okt) dan Jumaat.



SingHealth Polyclinics dalam satu kenyataan pada Ahad (24 Okt) berkata terdapat kesilapan dalam mengenal pasti tanda pada picagari (syringe) atau alat suntikan yang baru digunakan di klinik itu.



Seramai enam kakitangan dan 111 pesakit terjejas. Akibatnya, pesakit yang terjejas menerima dos yang jauh lebih rendah iaitu sekitar 10 peratus daripada dos yang disyorkan, kata kumpulan itu.



Siasatannya mengesahkan bahawa kejadian itu terpencil, dan semua vaksinasi dan perkhidmatan lain di polikliniknya tidak terjejas, tambah kenyataan itu.



Ketua Pegawai Eksekutif SingHealth Polyclinics, Dr Adrian Ee, meminta maaf atas kegelisahan dan ketidakselesaan yang ditimbulkan kepada semua pesakit yang terjejas serta ahli keluarga mereka.



Beliau menambah bahawa kumpulan itu akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk mengatasi masalah itu serta mengatur vaksinasi penggantian Covid-19 secepat mungkin.



Kata Dr Ee: "Kami telah mengambil langkah segera untuk membetulkan kesilapan itu, dan kakitangan telah diingatkan mengenai penggunaan picagari baru yang betul untuk memberikan vaksin Covid-19.



"Kami juga ingin meyakinkan pesakit kami bahawa kami telah menyemak proses kami secara menyeluruh, dan akan memastikan bahawa kakitangan sudah biasa dengan penggunaan alat baru."



Setelah kejadian itu dikesan, tindakan segera telah diambil untuk menentukan sejauh mana kesan kesilapan itu, serta untuk menghubungi pesakit yang terjejas secepat mungkin, kata SingHealth Polyclinics.



Kumpulan itu menambah, berdasarkan garis panduan vaksinasi semasa oleh Kementerian Kesihatan, pesakit dengan dos awal berkurangan tidak dijangka mengalami reaksi buruk.



Secara klinikal adalah selamat bagi mereka untuk meneruskan dos penggantian vaksin Covid-19.



Sebagai langkah pencegahan tambahan, semua pesakit yang terjejas akan dinilai oleh doktor sebelum mereka menerima dos penggantian mereka di poliklinik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >