SEBANYAK 12 kes kemalangan di jalan raya melibatkan pejalan kaki dan penunggang basikal dilaporkan dalam tempoh setahun sehingga Jun tahun ini, kata Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri, Ehwal Luar merangkap Pengangkutan), Cik Josephine Teo.
Namun, menurutnya, polis tidak mempunyai rekod bagi membezakan antara kemalangan yang disebabkan alat pergerakan peribadi (PMD) atau basikal dengan kesalahan lain yang menyebabkan kecederaan, yang tidak berlaku di jalan raya.