Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

12 kereta api MRT baru mula operasi di EWL, NSL mulai September

Aug 13, 2018 | 03:54 PM



ENAM  kereta api MRT baru akan mula berkhidmat September ini, dengan enam lagi dijadual berkhidmat  awal tahun depan, kata Ketua Eksekutif SMRT baru Encik Neo Kian Hong.



Bercakap kepada wartawan buat kali pertama pada Isnin (13 Ogos), Encik Neo berkata 12 kereta api baru itu ‘akan menambah keupayaan dan memenuhi permintaan penumpang di laluan Utara-Selatan (NSL) dan Timur-Barat (EWL)’ - laluan tertua, paling panjang dan paling banyak digunakan di sini.



Buat masa ini, 186 kereta api berkhidmat di kededua laluan itu.



Kereta api baru ini dilengkapkan dengan ciri baru seperti alat pendingin hawa yang boleh disesuaikan dengan jumlah penumpang, tempat duduk ‘lipat’ yang boleh membebaskan ruang untuk 100 penumpang yang berdiri semasa waktu puncak, dan beberapa peningkatan keandalan.



Satu contoh, amaran automatik akan berbunyi jika alat penghubung elektrik kereta api, atau ‘collector’s device’ terlepas. Alat ini menghubungkan kereta api dengan landasan ketiga, yang membekalkan kuasa elektrik kepada kereta api.



Ia diharap mengelak kegenjotan besar khidmat kereta api, seperti dua insiden yang berlaku pada Disember 2011, menyebabkan penumpang terkandas dalam terowong.



Menurut Encik Neo, beliau telah ‘berpindah berhampiran Shunfu, kerana ingin menaiki kereta api ke tempat kerja’. Tambahnya, beliau juga telah menjual kereta ‘awal tahun ini, tetapi enggan membeli kereta baru kerana ingin menaiki MRT dan memahami isu’ yang dihadapi penumpang.



 Encik Neo, yang mengambil alih jawatan daripada Encik Desmond Kuek pada 1 Ogos, berkata beliau telah menetapkan tiga ‘matlamat’ - menyediakan khidmat yang andal, mampan dan terus dipertingkat.



“Keandalan adalah tuntutan asas… kita perlu berbuat demikian,” kata Encik Neo.



“Namun, keandalan semata-mata tidak memadai, anda perlu mengekalkannya di paras tertentu.”



Tambah Encik Neo, ‘budaya yang dimahukannya ialah budaya yang peningkatan berterusan’.



“Ini adalah syarikat kereta api dan kami akan memenuhi permintaan awam,” katanya.



Ditanya bila sistem pengisyaratan baru boleh menyediakan sistem tempoh 100 saat antara kereta api - berbanding masa menunggu 120 saat pada masa ini - Encik Neo berkata:



“Ini adalah sistem besar… projek baru apa sahaja pun, akan kami laksanakan secara teratur dan sistematik.



“Buat masa ini kami sedang melaksanakan projek yang meneliti jarak (headway) antara kenderaan. Headway boleh membenarkan kita memendekkan waktu menunggu. Namun, pada masa ini, ia adalah projek yang masih dilaksanakan, dan pada masa yang sesuai kami akan memberitahu awam,” kata Encik Neo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >