Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

12 lagi pasar, pusat makanan dikaitkan dengan kes Covid-19: MOH

Jul 18, 2021 | 01:13 AM



LEBIH banyak kes jangkitan Covid-19 melibatkan 12 pasar dan pusat makanan dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (17 Julai).



Kes melibatkan penjual ikan ini berkemungkinan terkena jangkitan daripada kunjungan  ke Pelabuhan Perikanan Jurong (salah satu kelompok jangkitan) bagi mendapatkan bekalan ikan untuk dijual di pasar, jelas MOH dalam kenyataannya.



Pada Jumaat, MOH mengumumkan pembentukan kelompok baru di Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim. Sebanyak 19 kes keseluruhannya dikesan dalam kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim, dengan 11 daripadanya kes baru yang dikesan pada Sabtu.



Menyusuli pengumuman itu, MOH kini sedang menyiasat dua kes yang bekerja atau mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon di 453A Ang Mo Kio Avenue 10 pula dengan tiga lagi kes menanti pengesahan.



Bagi memutuskan rantaian jangkitan dan membolehkan pembersihan terperinci dijalankan ke atas premis ini, Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon akan ditutup kepada orang ramai mulai 18 Julai hingga 1 Ogos.



Semua individu yang bertugas di pasar dan pusat makanan ini akan diberi perintah kuarantin dan diuji sewaktu kuarantin.



Dalam pada itu, MOH turut mengesan kes dalam kalangan penjual ikan di Pusat Makanan Amoy Street, Pasar dan Pusat Makanan Chong Pang, Pasar Basah Whampoa, Blok 11 Telok Blangah Crescent, Pasar Taman Jurong, Pasar Redhill, Pasar Geylang Serai, Pasar Geylang Bahru, Pasar 527 Ang Mo Kio, Pasar Basah 726 West Coast dan Pasar Basah Bukit Timah. 



Kebanyakan daripada mereka diuji positif dengan Ujian Pantas Antigen (ART) dan disahkan dengan ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) pula. Siasatan epidemiologi juga mendapati mereka mungkin dijangkiti menerusi kontak dengan pemilik gerai di Pelabuhan Perikanan Jurong.



Ujian ke atas penjual ikan masih diteruskan. Kerana wujud risiko jangkitan kepada pasar dan pusat makanan, MOH kini menjalankan proses jejak kontak secara agresif, kuarantin dan ujian bagi mengekang kes dari merebak. 



Semua penjual ikan akan menerima pesanan SMS Amaran Risiko Kesihatan pada 18 Julai dan diperlukan di bawah undang-undang bagi menjalani ujian di pusat ujian khusus serta mengasingkan diri sehingga menerima pengesahan ujian negatif daripada ujian pertama PCR, 



Mereka kemudian akan diberi kit ART uji diri dan diperlukan mentadbir sendiri ujian ART pada hari ketujuh sejak pendedahan terakhir. Mereka juga diperlukan menjalani satu lagi ujian PCR di pusat ujian khusus sekitar hari ke-14 dari tarikh pendedahan terakhir yang diketahui.



MOH juga menasihati semua pengunjung pasar dan pusat makanan agar mengelakkan kesesakan di pasar dan berkunjung ke pasar di luar waktu sibuk atau pergi ke pasar raya dan secara tegas perhatikan langkah pengurusan keselamatan. 



Sehingga 12 tengah hari Sabtu (17 Julai), MOH mengesahkan 68 kes jangkitan Covid-19 baru dengan 60 daripadanya adalah kes masyarakat. Daripada sejumlah 60 kes masyarakat itu, 29 daripadanya berkait dengan kelompok KTV.



Daripada 60 kes itu, 33 berkait dengan kes sebelum ini dan telah dikuarantin manakala 25 kes dikaitkan dengan kes awal dan dikesan menerusi ujian pengawasan. Dua kes tiada kaitan dengan kes lalu.



Lapan kes pula merupakan kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Satu kes dikenal pasti setibanya di Singapura manakala tujuh yang lain didapati mempunyai penyakit itu sewaktu SHN.



Buat masa ini, terdapat lima kes penyakit serius yang memerlukan sokongan oksigen manakala satu kes berada dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Dalam pada itu, terdapat pembentukan tiga kelompok baru yang berkaitan dengan Kes 64782 dan 64850 serta PSC Express Pte Ltd., tambah MOH. Kini, terdapat 29 kelompok aktif dengan antara tiga hingga 148 kes bagi setiap kelompok.



Kelompok dengan kes terbanyak adalah kelompok KTV.



Memandangkan tiada lagi kes berkaitan kelompok Kes 64263 bagi dua tempoh inkubasi (iaitu 28 hari), kelompok itu kini ditutup.



Memberi perkembangan terkini mengenai kes Covid-19 di kelab KTV, MOH menjelaskan ia sedang menyiasat kes jangkitan dalam kalangan pelayan sosial yang kerap berkunjung ke lounge atau kelab KTV yang kini beroperasi sebagai premis makanan dan minuman (F&B) serta kontak sosial rapat mereka.



Siasatan epidemiologi MOH menunjukkan terdapat jangkitan berlanjutan di enam kelab KTV iaitu Quinn KTV (207A Syed Alwi Road); Club AURA (442 Orchard Road); Club Ion (271 Bukit Timah Road); Icon II (35 Selegie Road); Club Lucky Thai (5001 Beach Road); dan M. Sakhon (5001 Beach Road).



Semua pengunjung ke premis yang terjejas dinasihati agar memantau rapi kesihatan mereka serta mengurangkan interaksi sosial seberapa yang boleh bagi 14 hari sejak tarikh kunjungan atau interaksi di premis tersebut.



Mereka digalakkan agar berjumpa doktor segera jika terasa tidak sihat. 



MOH menambah terdapat 196 kes yang masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya baik dan di bawah pemantauan. Dalam kalangan lima kes yang memerlukan sokongan oksigen dan satu kes yang tenat di ICU, tiada yang menjalani vaksinasi penuh.



Sehingga 16 Julai, sejumlah 6.65 juta vaksin Covid-19 sudah ditadbir di bawah program vaksinasi nasional buat lebih 4.1 juta individu. Seramai 2.6 juta individu telah menjalani vaksinasi penuh. Dalam kalangan jumlah ini, 77,024 individu merupakan yang telah pulih dan mendapatkan sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin dan 2.5 juta yang lain sudah memperolehi suntikan kedua.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >