SERAMAI 12 pelajar daripada kalangan masyarakat Arab setempat menerima anugerah bagi kecemerlangan dalam peperiksaan daripada Rangkaian Arab@Singapura (AN@S) baru-baru ini.
Anugerah tersebut disampaikan oleh penaung anugerah tahunan itu, Encik Muhammad Alhabshee, dan Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, dalam satu majlis di Masjid Ba'alwie.