Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

120 terima Biasiswa Jagaan Kesihatan MOH Holdings

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



TAHUN ini, Encik Fares Aqil Daniel Khalid dan adik perempuan kembarnya akan melanjutkan pengajian di universiti.



Ini bermakna ibu bapanya, yang bekerja sebagai pengawal trafik udara dan pegawai bank, perlu memperuntukkan belanja untuk yuran dan duit saku tiga anak mereka yang berada di universiti serta anak bongsu yang menuntut di sekolah menengah.



Justeru, apabila mendapat tahu yang beliau terpilih menerima Biasasiwa Penjagaan Masyarakat yang akan membiayai yuran pengajian empat tahunnya, Encik Fares, 21 tahun, berasa lega.



"Saya pasti ibu bapa saya sudah mempertuntukkan wang untuk kami adik-beradik melanjutkan pengajian. Tetapi dengan biasiswa ini, sekurang-kurangnya perbelanjaan mereka dapat dikurangkan sedikit," kata lulusan Maktab Rendah Victoria itu, satu-satunya dalam kalangan adik-beradiknya yang mendapat biasiswa.



Encik Fares akan memulakan pengajian di Institut Teknologi Singapura (SIT) dalam jurusan fisioterapi bulan depan, dan selepas tamat pengajian beliau akan menjalani bon empat tahun sebagai ahli fisioterapi dalam institusi penjagaan masyarakat.



Ini bermakna beliau akan dapat menemui pesakit daripada setiap lapisan usia, termasuk warga emas.



Encik Fares merancang membuat pengkhususan dalam fisioterapi sukan selepas tamat bonnya kelak.



Beliau antara 120 pelajar yang menerima biasiswa mereka di satu majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Penjagaan Kesihatan anjuran MOH Holdings (MOHH) Pte Ltd di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec semalam.



Seorang lagi penerima Biasasiwa Penjagaan Masyarakat ialah Cik Nur Hidayah Sarifudin, 22 tahun, bagi melanjutkan pengajianannya dalam bidang kerja sosial di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Anak keempat dalam keluarga enam beradik itu memulakan pengajian empat tahunnya Julai tahun lalu.



Beliau, yang mempunyai diploma kerja sosial dari Politeknik Nanyang, berminat dalam sektor penjagaan kesihatan setelah membesar dengan adik lelakinya yang mengalami autisme.



"Saya memutuskan menyertai kerjaya yang membolehkan saya membuat perubahan dalam kehidupan orang lain. Ketika di politeknik, saya berminat dalam penjagaan kesihatan dan membantu golongan mudah terjejas.



"Kemudian saya memutuskan yang saya mahu mengamalkan kerja sosial dalam sektor penjagaan kesihatan khususnya yang melibatkan warga emas," kata anak pengarah pejabat serantau Agensi Makanan Singapura dan suri rumah itu.



Selepas tamat pengajian kelak, beliau akan menjalani bon empat tahun sebagai pekerja sosial perubatan di bawah Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >