Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

12,000 orang dijangka raih manfaat daripada 2 daya usaha latihan AI

Aug 30, 2018 | 06:49 PM



USAHA pembangunan bakat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di Singapura mendapat suntikan rangsangan dengan dua daya usaha baru yang diumumkan hari ini (30 Ogos).



Bercakap di satu majlis bagi menyambut ulang tahun pertama AI Singapore (AISG), Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran berkata pemerintah, pemimpin industri dan syarikat perekrutan di seluruh dunia bersetuju bahawa terdapat kekurangan bakat dalam bidang AI.



Tambahnya, Singapura boleh dan akan memainkan peranan utama dengan bekerja rapat dengan rakan penyelidikan dan industrinya bagi membangunkan bakat AI yang kukuh di Singapura.



Oleh itu, dua daya usaha baru oleh AISG – AI bagi Industri (AI4I) dan AI bagi Semua Orang (AI4E) – dijangka dapat melengkap 12,000 warga Singapura dengan pelbagai pengetahuan AI dalam tempoh tiga tahun mendatang.



Menerusi AI4I, sekitar 2,000 eksekutif akan menjalani kursus asas bersubsidi selama tiga bulan dan belajar bagaimana untuk membangunkan aplikasi data dan AI yang asas.



AI4E pula merupakan bengkel tiga jam yang percuma yang akan mendedahkan sekitar 10,000 orang kepada AI dan sains data.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >