Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1.22 juta isi rumah terima baucar CDC $100

Lawrence: Pemerintah percepat agihan baucar, bantu warga tangani kos sara hidup
May 12, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan terus mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurangkan kebimbangan rakyat Singapura mengenai peningkatan kos sara hidup dan perbelanjaan, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Beliau berkata banyak negara, dan bukan hanya Singapura, mengalami masalah kenaikan harga disebabkan peperangan yang berterusan di Ukraine serta gangguan rantaian bekalan disebabkan pandemik Covid-19.



"Negara pengeksport minyak dan gas juga berdepan dengan harga yang lebih tinggi, apatah lagi ekonomi kecil dan terbuka seperti Singapura yang mengimport hampir semua yang kita makan.



"Jadi, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi kenaikan harga yang tinggi sepanjang tempoh ini.



"Namun, anda boleh mendapat kepastian bahawa pemerintah akan terus melakukan yang terbaik untuk membantu mengurangkan kesan, terutamanya bagi isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana," kata Encik Wong.



Beliau menambah, pemerintah akan terus memantau keadaan global, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya untuk membantu isi rumah dan perniagaan jika keadaan bertambah buruk.



Encik Wong berkata demikian dalam ucapannya sewaktu majlis pelancaran Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) terbaru semalam di Kelab Masyarakat Tampines West.



Turut hadir di majlis itu termasuk lima Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) iaitu Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mayor dan Mayor South West CDC; Cik Denise Phua (Central CDC); Encik Alex Yam (North West CDC); Encik Desmond Choo (North East CDC) dan Encik Fahmi Aliman (South East CDC).



Mulai semalam, semua isi rumah warga Singapura kini boleh mendapatkan baucar bernilai $100 yang boleh dibelanjakan di lebih 16,000 pegerai dan penjaja di estet perumahan.



Baucar ini akan diagihkan kepada 1.22 juta isi rumah Singapura dan ia boleh didapatkan secara digital mulai semalam menerusi laman http://go.gov.sg/ cdcv.



Skim baucar CDC bernilai $100 ini pertama kali diagihkan pada Disember tahun lalu.



Menurut Encik Wong, rancangan awal yang dibuat adalah untuk melaksanakan skim ini pada separuh kedua tahun ini. Ini selepas pembahagian baucar yang pertama digunakan sepenuhnya.



"Namun saya dapati ramai rakyat Singapura yang berasa bimbang tentang perbelanjaan harian mereka dan impak terhadap kesan peningkatan harga yang disebabkan peperangan di Ukraine.



"Justeru saya telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan pelancaran skim baucar CDC 2022 ini," tambahnya.



Skim baucar CDC 2022 telah diumumkan Encik Wong sewaktu Belanjawan tahun ini sebagai sebahagian Pakej Sokongan Isi Rumah bernilai $560 juta.



Ia bertujuan membantu keluarga Singapura menguruskan tekanan kos sara hidup dengan menyediakan sokongan melalui rebat utiliti, tokokan akaun pendidikan kanak-kanak serta baucar CDC ini yang boleh digunakan di kedai sekitar kawasan kejiranan dan gerai penjaja.



Isi rumah Singapura mempunyai sehingga 31 Disember tahun ini untuk membelanjakan baucar mereka daripada kedua-dua Skim Baucar CDC 2021 dan 2022.



Pembahagian baucar CDC selanjutnya bernilai $200 setiap satu juga akan diagihkan pada 2023 dan 2024.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >