Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

123 ujian Covid-19 berhubung jangkitan di blok Tampines disah negatif: MOH

Jul 10, 2020 | 12:10 AM

KESEMUA 123 ujian yang dijalankan berhubung kelompok jangkitan Covid-19 di Blok 111 Tampines Street 11 telah disahkan negatif, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan lewat Khamis (9 Julai) malam.

Siasatan epidemiologi sedang dijalankan, tetapi kementerian itu berkata sejauh ini tidak ada bukti penyebaran melebihi dua isi keluarga, di mana sembilan kes positif Covid-19 disahkan.


Pada 2 Julai, MOH telah meletakkan 58 isi rumah di blok itu di bawah pemantauan telefon aktif dan memudahkan ujian Covid-19 bagi mereka dan pengunjung mereka sebagai langkah berjaga-jaga  setelah sembilan kes itu disahkan.


MOH berkata semua individu yang dijangkiti dari dua isi rumah itu telah diasingkan dan sedang beransur pulih di hospital atau kemudahan penjagaan masyarakat.


Sejumlah 125 kes Covid-19 baru disahkan sehingga 12 tengah hari Khamis, terdiri daripada 21 kes dalam masyarakat dan 1 kes yang diimport.


Baki 103 kes melibatkan pekerja asing yang menetap di asrama.


Sementara itu, lagi 322 kes telah dibenarkan pulang, menjadikan jumlah 41,645 pesakit telah sembuh sejauh ini.


Seramai 197 pesakit masih dirawat di hospital, dengan satu kes dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.


Lagi 3,554 diasingkan di kemudahan masyarakat.


Seramai 26 pesakit telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19.


MOH berkata seorang lelaki warga Bangladesh berusia 38 tahun telah meninggal dunia pada Selasa.


Beliau dimasukkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong pada 28 Jun setelah mengalami sawan, dan kemudian mengalami pendarahan intrakranium.


Beliau disahkan positif Covid-19  pada 28 Jun.


Punca awal kematiannya adalah kegagalan pernafasan kardio, sementara menunggu siasatan oleh koroner. 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >