Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

12.6% murid Darjah 4 yang gagal dua atau lebih subjek tinggal di flat sewa

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



DALAM kalangan murid Darjah empat yang gagal dua atau lebih subjek, secara purata, 12.6 peratus menetap di flat sewa, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing .



Penduduk di flat sewa menyumbang kepada 4.7 peratus daripada jumlah keseluruhan isi keluarga yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Merujuk kepada data daripada lima tahun lalu, Encik Chan menambah dalam satu jawapan bertulis di Parlimen bahawa dalam kalangan murid Darjah empat yang memperolehi markah Band 4 dalam hanya satu subjek, 4.5 peratus tinggal di flat sewa.



Pelajar sekolah rendah kini dinilai menggunakan Band Pencapaian 1 hingga 4 - Band 4 merujuk kepada markah kurang 50 markah.



Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) telah meminta jumlah murid Darjah empat yang gagal satu subjek, gagal dalam dua atau lebih subjek dan jumlah mereka yang lulus semua subjek setiap tahun bagi lima tahun lalu.



Beliau juga meminta peratusan murid yang tinggal di flat sewa dan sama ada Kementerian Pendidikan (MOE) merancang untuk mengumpul data ini jika ia tiada.



Encik Chan menjelaskan bahawa dalam kalangan murid Darjah empat yang mencapai markah lebih baik daripada Band 4 untuk kesemua keempat-empat subjek, 0.8 peratus tinggal di flat sewa.



"Di mana sesuai, sekolah-sekolah menyokong pelajar menerusi kelas tambahan khusus subjek.



"Pelajar juga akan menduduki subjek di peringkat Asas di Darjah lima dan enam, agar mereka dapat memberi tumpuan terhadap membina asas kukuh bagi sekolah menengah," kata beliau.



Secara berasingan, kanak-kanak lebih kecil yang tinggal di rumah sewa kurang berkemungkinan pergi ke prasekolah berbanding kadar purata nasional.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam jawapan bertulis di Parlimen, berkata:



"Pada 2021, kadar penyertaan prasekolah kanak-kanak Singapura yang berumur tiga hingga empat tahun yang menetap di flat sewa awam adalah kira-kira 80 peratus - lebih rendah sedikit daripada kadar purata kebangsaan kira-kira 88 peratus ."



Bagaimanapun, jumlah kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang tinggal di flat sewa awam adalah setanding dengan purata nasional sebanyak 95 peratus, tambah beliau.



Secara keseluruhan, kira-kira sembilan daripada 10 kanak-kanak Singapura berumur tiga hingga empat tahun telah mendaftar di prasekolah pada 2021, meningkat daripada sekitar lapan dalam 10 pada 2017, tambahnya.



Encik Masagos, dalam jawapan bertulis kepada soalan daripada Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) dan Encik Leon Perera (GRC Aljunied), berkata daripada menetapkan sasaran khusus untuk penyertaan prasekolah pada setiap peringkat keluarga yang berpendapatan lebih rendah, sederhana dan lebih tinggi, pendekatan kementeriannya adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses kepada prasekolah yang dimampui dan bermutu.




"Di mana sesuai, sekolah-sekolah menyokong pelajar menerusi kelas tambahan khusus subjek.



Pelajar juga akan menduduki subjek di peringkat Asas di Darjah 5 dan 6, agar mereka dapat memberi tumpuan terhadap membina asas kukuh bagi sekolah menengah."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >