Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

1,275 kes baru Covid-19; kadar pertumbuhan jangkitan mingguan turun kepada 0.72

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

1,275 kes baru Covid-19; kadar pertumbuhan jangkitan mingguan turun kepada 0.72

Nov 25, 2021 | 11:37 PM

TERDAPAT 1,275 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan pada Khamis (25 Nov), merosot daripada 2,079 pada Rabu.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 berada pada 0.72, turun daripada 0.75 pada Rabu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.
Kadar tersebut berada di bawah angka satu selama 13 hari berturut-turut. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan bilangan kes baru Covid-19 mingguan semakin menurun.


Selain itu, kadar penggunaan unit jagaan rapi (ICU) berada pada 56.8 peratus pada Khamis, meningkat daripada 56.1 peratus pada Rabu.
Terdapat tiga orang berusia antara 69 dengan 74  tahun meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan Covid-19, umum MOH.
Kesemua mereka  mempunyai pelbagai isu kesihatan, tambah MOH, tanpa memberi butir lanjut.
Kematian terbaru menjadikan jumlah kematian di Singapura kepada 681.


Jangkitan baru itu merangkumi 1,228 kes dalam masyarakat, 31 di asrama pekerja migran dan 16 kes import.
Daripada kes masyarakat, 167 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
Terdapat juga 55 orang yang dalam keadaan kritikal dan diberi sokongan intubasi di ICU, bermakna mereka memerlukan ventilator untuk membantu mereka bernafas.
Jumlah kes di Singapura kini berjumlah 258,785.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3