Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

128 kontraktor disaman atas kerja-kerja yang menjejas sistem saliran awam

Dec 27, 2018 | 03:14 PM



SEBANYAK 128 kontraktor disaman dalam tempoh 11 bulan tahun ini kerana menjalankan kerja-kerja pembinaan yang menjejas sistem saliran awam. 



Kontraktor-kontraktor tersebut didakwa atas 203 kesalahan membuat penyesuaian yang tidak diluluskan pihak berkuasa dan mengganggu sistem saliran awam atau melanggar peraturan berkenaan langkah mengawal tanah, menurut agensi air negara PUB dalam satu kenyataan hari ini. 



Agensi tersebut berkata bahawa ia telah menemui kesalahan ini semasa pemeriksaan rutin terhadap tapak pembinaan dan menerusi siasatan berkenaan maklum balas awam. 



“PUB mengambil serius kerja-kerja pembinaan yang menjejas sistem saliran awam, kerana ia boleh mengakibatkan banjir kilat dan menjejas mutu air di saluran air kami,” tambah kenyataan itu lagi. 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >