Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

129 kes baru Covid-19 dalam masyarakat, 30 dikait dengan Pelabuhan Perikanan Jurong

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

129 kes baru Covid-19 dalam masyarakat, 30 dikait dengan Pelabuhan Perikanan Jurong

Jul 29, 2021 | 07:02 PM

TERDAPAT 129 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19 yang dilaporkan pada Khamis (29 Julai), termasuk 30 yang dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.

Ini menjadikan bilangan keseluruhan dalam kelompok tersebut sebanyak 962.

Terdapat juga dua kes baru yang dikaitkan dengan kelompok KTV, dengan bilangan keseluruhan kelompok tersebut sebanyak 249 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), 68 daripada 129 kes jangkitan dalam masyarakat baru hari ini dikaitkan dengan kes-kes sebelumnya dan sudah dikuarantin sementara lagi 11 kes dikesan melalui pemantauan.

Lagi 50 kes baru tiada kaitan.

Antara kes-kes baru itu termasuk empat warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi atau belum divaksinasi sepenuhnya, dan berisiko mengalami sakit teruk.

MOH juga melaporkan empat kes import, kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3