Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

129 pelajar, 17 staf sekolah positif Covid-19 dalam 3 bulan lalu: Chun Sing

Angka rangkumi 0.03% dari jumlah pelajar sekolah rendah, menengah, prauniversiti
Jul 31, 2021 | 05:30 AM



SEPANJANG tempoh tiga bulan lalu, seramai 129 pelajar dan 17 staf sekolah telah diuji positif bagi Covid-19.



Ini sekitar 0.03 peratus daripada keseluruhan bilangan pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga prauniversiti, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing dalam satu pos Facebook semalam.



Beliau bagaimanapun memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa sekolah kekal sebagai tempat selamat untuk pembelajaran.



"Sebagai seorang ibu bapa sendiri, saya ingin memberi jaminan kepada ibu bapa lain bahawa sekolah kita kekal tempat selamat untuk pembelajaran," katanya.



Beliau turut menambah kadar kehadiran secara purata di sekolah kekal konsisten dan ia setanding dengan tempoh sebelum Covid.



Encik Chan berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan beberapa ibu bapa yang mahu pembelajaran beralih sepenuhnya kepada HBL menyusuli kes Covid-19 yang melonjak di sekolah.



Selasa lalu satu kelompok baru dikesan di Sekolah Rendah Punggol dikaitkan dengan seorang pegawai pembersihan.



Kesemua murid dan staf sekolah itu perlu menjalani ujian swab wajib sejak Khamis sehingga semalam.



Menurut Encik Chan, Kementerian Pendidikan (MOE) akan terus mengambil pendekatan yang disasarkan untuk menangani kes Covid-19 dalam sekolah.



Ini bermakna apabila kes dikesan di sekolah, mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kes positif akan diasingkan menerusi Cuti Ketidakhadiran (LOA) atau perintah kuarantin (QO).



"Dalam kes luar biasa, di mana keadaannya tidak jelas, kita mungkin akan mengarahkan agar seluruh sekolah dikenakan HBL untuk mematahkan sebarang bentuk penularan serta memberi masa untuk Kementerian Kesihatan (MOH) menguji dan menyiasat sepenuhnya sebelum membuka semula sekolah," katanya lagi.



Akur bahawa Singapura tidak mungkin akan mencapai angka sifar bagi kes Covid-19 dalam masyarakat untuk jangka masa pendek selain tiada vaksinasi bagi kanak-kanak buat masa kini, Encik Chan turut melahirkan keprihatinannya bagaimana HBL penuh boleh memberi kesan terhadap pelajar, ibu bapa dan guru.



Selain memberi kesan terhadap pembelajaran dan keadaan sosio-emosional dan kesejahteraan mental pelajar, tidak semua pelajar mempunyai sekitaran rumah yang kondusif untuk melakukan HBL, kata Encik Chan.



Di samping itu, ramai ibu bapa perlu mencari penjagaan alternatif, yang tidak selalunya selamat bagi anak-anak mereka.



Guru juga, tambahnya, perlu mengimbangi permintaan tambahan membuat persediaan dan menjalankan kelas dalam talian dan pada masa yang sama menjaga keluarga.



"Kita semua tahu gangguan terhadap keadaan normal boleh menimbulkan ketakutan, tekanan dan putus asa, dan ini mempunyai akibat serius dalam jangka masa panjang. Justeru apakah huraian mampan memandang ke hadapan?" kata Encik Chan.



Menggariskan langkah tersebut, beliau berkata sekolah telah melaksanakan Langkah Pengurusan Selamat (SMM) ketat untuk mengurangkan risiko penularan, selain langkah pemantauan agar dapat mengesan potensi kes positif Covid-19 secepat mungkin serta langkah 'ringfencing' seperti LOA bagi mengelakkan kes potensi daripada berlaku di sekolah.



Sementara itu, memberikan perangkaan terkini mengenai vaksinasi dalam kalangan pelajar, MOE berkata sehingga 30 Julai, hampir kesemua pelajar yang layak telah mendaftarkan diri untuk vaksinasi.



Lebih 90 peratus pelajar juga sudahpun menerima dos pertama dan hampir 70 peratus telah menerima dos yang kedua.



Buat masa ini, dua sekolah - Sekolah Rendah Zhangde dan Sekolah Rendah Punggol - sedang menjalani HBL penuh dan 20 sekolah lain mempunyai beberapa peringkat menjalani HBL.



"Siasatan sedang dilakukan untuk meninjau sama ada kes di kedua-dua sekolah yang sedang mengikuti HBL penuh mempunyai kaitan antara satu sama lain," kata jurucakap MOE.



"Sekolah juga sedang berusaha untuk menyokong pelajar dan ibu bapa yang terjejas."




Senarai 22 sekolah yang mengadakan HBL



  • Sekolah Rendah Cantonment

  • Sekolah De La Salle

  • Sekolah Fairfield Methodist (Rendah)

  • Sekolah Rendah Fuhua

  • Sekolah Rendah Henry Park

  • Sekolah Rendah Horizon

  • Sekolah Rendah Mayflower

  • Sekolah Rendah Qifa

  • Sekolah Rendah Raffles Girls'

  • Sekolah Rendah Stamford

  • Sekolah Rendah West Grove

  • Sekolah Rendah Zhangde

  • Sekolah Rendah Xingnan*

  • Sekolah Rendah Xinghua

  • Sekolah Rendah Holy Innocents'

  • Sekolah Rendah Rivervale

  • Sekolah Awam Pei Chun

  • Sekolah Rendah Punggol*

  • Sekolah Menengah Anderson

  • Sekolah Menengah Yuying

  • Sekolah Menengah Boon Lay

  • CHIJ Katong Convent

(*sekolah yang sedang menjalani HBL sepenuhnya)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >