Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,290 blok HDB bakal dipasang panel suria jelang suku ketiga 2025

Feb 26, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 1,290 blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kendalian Majlis Bandaran Bishan-Toa Payoh, Tanjong Pagar dan Jurong-Clementi akan dipasang dengan panel suria menjelang suku ketiga 2025.



Ini membawa kepada sejumlah 8,400 flat HDB yang akan dipasang dengan panel suria, sebagai sebahagian daripada usaha republik ini untuk menjana tenaga bersih. Terdapat lebih 10,000 blok HDB di serata Singapura.



Dalam satu kenyataan semalam, HDB berkata ia telah melancarkan tender suria ketujuh. Termasuk tender terbaru ini, panel suria yang dipasang secara keseluruhannya boleh menjana sebanyak 380 megawatt-puncak (MWp) untuk 8,400 flat. Jumlah ini sama dengan tenaga suria yang dibekalkan kepada 95,000 flat empat bilik.



Program SolarNova, yang diterajui bersama oleh HDB dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), bertujuan mempercepatkan penggunaan sistem fotovoltaik (PV) suria di Singapura dan memacu pertumbuhan industri suria di republik ini.



Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada Program Bandar Hijau HDB (GTP) yang dilancarkan pada 2020 dan bertujuan untuk menjadikan bandar HDB lebih mampan dan selesa didiami.



Pada 2019, HDB telah mengumumkan sasaran suria baru sebanyak 540 MWp menjelang 2030, selepas mencapai sasaran suria awalnya sebanyak 220 MWp.



Sasaran baru ini berpotensi menjana 648 GWh tenaga suria setiap tahun, menyumbang ke arah sasaran suria negara sebanyak 1.5 gigawatt-puncak (GWp) menjelang 2025, dan 2 GWp menjelang 2030, seperti yang ditetapkan di bawah Pelan Hijau Singapura.



Tender SolarNova terkini, dengan kapasiti suria 75 MWp, mengumpul permintaan sektor awam untuk pemasangan panel suria di 1,290 blok HDB dan 99 tapak pemerintah.



HDB telah melancarkan tender secara berperingkat sejak beberapa tahun lalu, supaya dapat memanfaatkan ekonomi skala dan kos lebih rendah daripada pemasangan panel suria di blok yang berhampiran.



Dalam satu lawatan ke estet HDB yang sedang dipasang panel suria, Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, berkata beliau gembira dengan kemajuan pemasangan tersebut.



"Ramai mungkin tidak perasan panel suria ini, kerana ia dipasang di atas bumbung.



"Kuasa yang dijana membantu membekalkan tenaga bagi perkhidmatan biasa seperti lif dan pam air pada siang hari.



"Ini membantu Majlis Bandaran kami untuk mengatasi peningkatan kos tenaga secara bermakna, sekali gus dapat memberi penjimatan kepada penduduk kami," jelas Encik Tan.



Sejak 2008, HDB telah mula untuk membangunkan keupayaan suria di Singapura dengan mencari penyelesaian yang mampan dan inovatif untuk memanfaatkan tenaga suria pada skala yang besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >