SISTEM canggih yang memantau kesihatan pesakit yang tinggal sendirian di rumah, pengekodan komputer sebagai subjek di sekolah dan wadah yang membolehkan orang ramai 'perdagangkan khidmat'.
Ini adalah antara 13 idea awal usulan sebuah jawatankuasa yang ditugaskan melakar pelan jangka panjang bagi sektor infokom dan media (ICM) di Singapura sehingga 2025. Pelan itu dijangka siap tahun depan.