Singapura melaporkan 18 kes Covid-19 baru, termasuk 13 kes dalam masyarakat, sehingga tengah hari Sabtu (5 Jun), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Semua kes dalam masyarakat adalah berkait dan sudah dikenakan kuarantin.
MOH berkata terdapat lima kes import, yang kini dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura.
Daripada jumlah itu, tiga adalah warga Singapura yang baru pulang atau penduduk tetap. Tiada kes baru dalam dormitori yang dilaporkan.
Jumlah kes Covid-19 terkini membawa jumlah jangkitan keseluruhan di Singapura kepada 62,176.