Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

13 langgar jarak selamat dengan berkumpul di rumah Daisy Road

Setempat
27
0

13 langgar jarak selamat dengan berkumpul di rumah Daisy Road

Feb 01, 2021 | 06:04 PM

DUA individu akan didakwa kerana tidak mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM) di bawah Peraturan Covid-19 2020 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan), dedah Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dalam satu kenyataan.

Seorang lelaki berusia 53 tahun, pemilik unit kediaman yang terbabit, melanggar Peraturan 4 (4) perintah tersebut dengan membenarkan 12 individu lain yang bukan anggota rumah itu memasuki rumahnya di Daisy Road dan berada di sana pada 2 Oktober 2020 bagi sambutan hari jadi.

Seorang lagi lelaki berusia 50 tahun, yang merupakan antara pengunjung ke sana, melanggar Peraturan 6 (1) perintah yang sama dengan berkumpul di luar tempat kediamannya dengan 12 lagi individu lain yang bukan dari isi rumah yang sama.

Dia didakwa menjemput tiga pengunjung ke unit kediaman itu walaupun tahu bahawa perbuatan demikian melanggar had berkumpul yang dibenarkan.

Kedua-dua kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 34 (7) (a) COVID-19 (Langkah-langkah Sementara) 2020.

Pesalah kali pertama boleh didenda tidak melebihi $10,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Dek mengambil bahagian dalam perhimpunan sosial melibatkan lebih 5 orang, 11 individu lain yang mengunjungi unit kediaman itu telah disaman $300 setiap seorang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3