Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

13 orang dipindahkan ekoran kebakaran di flat Aljunied

Aug 19, 2022 | 04:45 PM



SEBUAH flat di Aljunied dijilat api pagi tadi (19 Ogos) hingga menyebabkan 13 orang terpaksa dipindahkan dari blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu.



Menurut kenyataan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kebakaran di unit tingkat enam di Blok 3 Upper Aljunied Lane itu mungkin berlaku disebabkan lilin yang dinyalakan di ruang tamu.







SCDF, yang dimaklumkan tentang kebakaran itu pada 7.05 pagi, telah memadamkan api menggunakan jet air.



SCDF berkata tiga orang meninggalkan blok itu sendiri sebelum pegawainya tiba manakala 10 lagi orang dari unit berdekatan dipindahkan oleh pegawai SCDF.



Sebagai langkah berjaga-jaga, dua orang diperiksa paramedik tetapi kedua-duanya berkata mereka tidak perlu dibawa ke hospital.



Cik Teo Bong Chee, 75 tahun, tinggal di flat yang terbakar itu seorang diri.



Dinding flat tiga biliknya hitam dek hangus dijilat api sementara berbeg-beg pakaian dilihat bertimbun hingga mencapai paras tingkap.



Terdapat juga banyak peralatan rumah seperti radio dan kipas angin serta suratkhabar yang bertimbun.







Menjelang tengah hari tadi, kira-kira 14 tong sampah besar telah diisi dengan barang yang terbakar dari rumah itu.



Jiran yang turun padang untuk membantu membersihkan flatnya berkata ia dipenuhi dengan lipas.



Cik Teo berkata beliau telah menyalakan lilin selepas bersenam awal pagi tadi dan tidak terfikir api yang kecil itu boleh menyebabkan kebakaran yang begitu serius.



“Saya hanya menyalakan lilin selama kira-kira lima minit,” katanya sambil menambah bahawa beliau akan berpindah ke rumah keluarganya yang berdekatan buat sementara waktu.



SCDF berkata kebakaran itu berlaku di ruang tamu flat itu sahaja, namun beberapa bahagian lain unit tersebut turut mengalami kerosakan dek haba dan asap.

Anggota Parlimen SMC Potong Pasir, Encik Sitoh Yih Pin, berkata majlis bandaran akan memberi Cik Teo bantuan kewangan daripada dana yang telah dibentuk bagi tujuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >