Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

13 orang ditipu $30,000 oleh individu yang menyamar sebagai kakitangan Singtel, Starhub

May 04, 2019 | 02:41 PM



SERAMAI 13 orang ditipu sebanyak $30,000 kononnya dengan menyertai cabutan bertuah sejak Januari lalu.



Menurut kenyataan polis hari ini (4 Mei), jumlah penipuan melibatkan cabutan bertuah muncul semula sejak permulaan tahun ini.



Menurut polis, suspek biasanya menyamar sebagai kakitangan syarikat telekomunikasi Singtel atau StarHub dan menggunakan aplikasi Viber untuk menghubungi mangsa.



Suspek kemudian memberitahu mangsa mereka menang hadiah wang tunai dalam cabutan bertuah dan meminta mangsa memberikan butiran peribadi, kad kredit atau debit dan akaun bank sebelum hadiah itu boleh diberikan.



Mangsa kemudian menyedari bahawa beberapa transaksi telah dibuat daripada akaun bank atau kad kredit dan debit mereka tanpa izin, kata polis.



Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan mesej sedemikian atau panggilan telefon, lebih-lebih lagi jika mangsa tidak menyertai sebarang cabutan bertuah.



Orang ramai yang ingin berkongsi maklumat tentang jenayah sedemikian boleh menghubungi 1800-255-0000 atau lungsuri laman web www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >