SEBUAH jawatankuasa semakan telah mengumumkan 13 saranan teknikal untuk memperkukuh lagi keselamatan data di sektor awam, termasuk tiga saranan yang bakal dilaksanakan serta-merta.
Tiga saranan itu memastikan data tidak diubah tanpa kebenaran apabila ia dikongsi, memperkukuh penggunaan kata laluan dan syarat penyulitan dan menambah lapisan pengesahan sebelum pegawai awam menghantar e-mel mengandungi data sensitif.