SEBANYAK 13 syarikat - 11 daripadanya mempunyai operasi di Batam - telah mendermakan 100,000 pelitup KN95 dan lima tan pensanitasi tangan kepada pemerintah Bandar Batam semalam dalam usaha menyokong pekerja jagaan kesihatan di pulau itu semasa pandemik Covid-19 ini.
Usaha itu telah dilakukan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan sokongan serta sumbangan oleh 13 syarikat itu.