Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

13 warga S'pura, PR antara 24 kes import Covid-19 baru S'pura

Dec 17, 2020 | 10:48 PM



TUJUH warga Singapura dan enam Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini dari Austria, India, Indonesia, Myanmar dan United Kingdom adalah antara 24 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti  Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (17 Disember).



Menjelaskan demikian dalam kenyataannya Khamis malam, MOH menambah selain 13 kes import baru itu, empat kes melibatkan pemegang pas kerja atau permit kerja yang bekerja di sini dan memiliki sejarah perjalanan dari India, Indonesia dan Maldives.



Lima lagi kes import merupakan pemegang pas tanggungan yang datang ke Singapura dari United Kingdom. Seorang pemegang pas pelajar pula datang dari India.



Baki satu kes pula merupakan pemilik pas khas yang merupakan anak kapal yang datang ke sini dari Indonesia. 



Menurut MOH, beliau belum turun dari kapal itu dan langsung dihantar ke hospital dengan ambulan selepas menampakkan tanda-tanda jangkitan.



Semua kes import baru ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 sewaktu menjalani SHN atau ketika diasingkan.



Menurut MOH, tiada jangkitan dalam masyarakat dan di dormitori.



Sebanyak 14 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Manakala 33 kes pula masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >