Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

130 kes Covid-19 baru, termasuk 78 dikaitkan dengan Pelabuhan Perikanan Jurong

Jul 23, 2021 | 06:03 PM

TERDAPAT 133 kes baru Covid-19 dilaporkan Jumaat (23 Julai), jumlah terendah pada minggu ini, termasuk 130 kes dalam masyarakat.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan 78 kes dalam masyarakat berkaitan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) dan enam daripada kelompok KTV.

Dalam kenyataannya, MOH berkata  64 daripada 130 kes dalam masyarakat itu dikaitkan dengan kes lalu dan telah dikenakan kuarantin.

Lagi 37 kes pula dikaitkan dengan kes lalu dan dikesan menerusi pengawasannya. 

Sebanyak 29 kes tidak berhubung kait.

Dalam kalangan kes masyarakat, dua kes melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin dan mereka menanggung risiko penyakit serius, kata MOH.

Tambahan 78 kes di JFP pada Jumaat menambah kes dalam kelompok itu kepada 638 kes, yang terbesar di sini.

Sementara   227 kes kini dikaitkan dengan kelompok di KTV.

Tiga kes import yang dicatat pada Jumaat, mereka telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >