Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

130 sertai ceramah Zoom bincang masa depan bahasa Melayu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

130 sertai ceramah Zoom bincang masa depan bahasa Melayu

Jul 02, 2021 | 06:01 PM

PEMIKIRAN membangun memerlukan bahasa liberatif demi menjana alam bahasa dan pemikiran yang manusiawi, membebaskan, produktif, membawa transformasi dan rekonstruktif.

Ini kerana bahasa liberatif mengajukan keberanian melafaz pembungkaman, manakala bahasa dominatif mengkehendakkan penyeyapan, dan ini boleh bermakna menyenyapkan suara penyanggahan dalam masyarakat.

Demikian dinyatakan Dr Azhar Ibrahim Alwee, pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS), dalam ucaptama yang disampaikan di majlis Ceramah Arif Budiman ke-17 di Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) pada Jumaat (2 Julai).
Ceramah itu, yang disiarkan kepada lebih 130 peserta menerusi sidang Zoom, membawa judul “Menjejaki Bahasa Liberatif dalam Lingkungan dan Sejarah: Potensi dan Hambatan”.

Pengarah MLCS, Cik Norhayati Awang, berkata tajuk itu menghendaki peserta meneliti dan berfikiran terbuka dalam memikirkan hala tuju pembangunan, perkembangan, pemodenan dan pelestarian bahasa Melayu.

"Di samping itu, kita juga dapat mendengar tentang takrif ‘Bahasa Liberatif’ dan peranannya dalam proses pemodenan dan penstabilan bahasa serta faktor-faktor yang menghambat perkembangan Bahasa Liberatif dan mampu melumpuhkan keupayaan institusi bahasa sebagai agen bahasa yang maju," katanya.

Dr Azhar berkata bahasa yang liberatif tumbuh sekiranya pemikiran, nilai dan pandangan subur dan berakar.

"Bahasa yang liberatif pernah muncul dalam sejarah, dan potensinya tetap ada. Potensi ini harus terlebih dahulu dikenal pasti, sekali gus hambatan yang menggagalkan tumbuhnya bahasa liberatif. Meleburkan bahasa dominatif adalah dengan sanggahan yang konsisten dan padu," katanya.

"Apabila bahasa dominatif semakin mapan, konsep kritis akan hilang; kelompok yang terdidik tidak berminat dan menjadi pasrah. Hilanglah semangat solidaritas atau rasa kebersamaan," tambahnya.

Dr Azhar berkata bahasa liberatif antara lain dapat dibangunkan dengan mempertingkatkan penggunaan idea dan konsep kritis dalam istilah, ungkapan dan gaya, serta menggunakan bahasa secara optimum dan terpakai luas dalam semua ranah kehidupan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3