$130j diberi kepada 87,000 penerima di bawah ComCare

SINGAPURA - Seramai 87,000 waris telah mendapat bantuan di bawah Skim ComCare, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Sebanyak $130 juta telah diagihkan - naik 10 peratus berbanding tahun lepas, menurut MSF.

Angka itu dan trend lain terkandung dalam Laporan Tahunan ComCare dan Trend yang diterbitkan hari ini (9 Dis).

Bilangan isi rumah yang mendapat bantuan jangka pendek hingga sederhana, yang membentuk majoriti penerima di bawah ComCare, telah meningkat.

Terdapat 29,511 isi rumah pada tahun kewangan 2015 (FY2015) - meningkat 7 peratus berbanding 27,461 pada FY2014.

Mereka yang mendapat bantuan jangka panjang meningkat sebanyak 10 peratus - daripada 3,846 kepada 4,248.

Profil isi rumah kedua-dua skim itu tidak banyak berubah sejak empat tahun lalu.

Mereka yang mendapat bantuan jangka panjang kebanyakannya adalah warga tua berusia 65 tahun ke atas.

Isi rumah di bawah bantuan jangka pendek hingga sederhana kebanyakannya diketuai penerima berusia 45 hingga 64 tahun.

Bagaimanapun, terdapat trend lebih banyak isi rumah diketuai penerima lebih tua - berusia antara 55 dengan 64 tahun - di bawah bantuan jangka pendek hingga sederhana.

Ini meningkat daripada 18 peratus pada FY2012 kepada 22 peratus pada FY2015.

Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga Tan Chuan-Jin berkata: "Trend ComCare menunjukkan lebih ramai isi rumah dengan orang tua atau pesara memerlukan bantuan sosial. Ini boleh mencerminkan realiti tentang saiz keluarga yang mengecil dan penduduk yang semakin tua."

Terdapat sedikit peningkatan dari segi pemohon bagi bantuan jangka pendek hingga sederhana yang tidak bekerja kerana mereka tidak sihat atau telah bersara.

Walaupun terdapat ketidaktentuan ekonomi lebih besar, kadar pemohon yang mencari kerja kian berkurang. Kementerian itu akan terus memantau trend dengan rapat, dan bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Tenaga Kerja Singapura untuk memberi bantuan kewangan dan pekerjaan yang diperlukan.

Encik Tan berkata: "Walaupun kadar pemohon ComCare yang tidak bekerja terus mantap, MSF akan terus memantau keadaan dan bekerja rapat dengan rakan kongsi dalam masyarakat untuk memberi bantuan kepada keluarga ini."

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.