Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,337 pesakit Covid-19 dibenar pulang; 2 kelompok baru dikesan

May 30, 2020 | 12:10 AM

LAGI 1,337 pesakit Covid-19 telah dibenarkan pulang daripada hospital dan kemudahan jagaan masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada malam Jumaat (29 Mei).


Ini menjadikan pesakit Covid-19 yang telah sembuh seramai 19,631 pesakit kesemuanya.


Dalam pada itu, kementerian itu juga mengenal pasti dua kelompok baru di asrama di 35 Kaki Bukit Place dan 40 Kaki Bukit Industrial Terrace.


Ia juga menutup dua kelompok jangkitan Keppel Shipyard (51 Pioneer Sector 1) dan 2 Tuas Avenue 1. Tiada lagi kes berkait dengan kededua tempat ini selepas dua tempoh inkubasi iaitu 28 hari.


MOH mengesahkan sembilan kes baru Covid-19 dalam masyarakat di Singapura.


Ini daripada tambahan 611 kes baru dikesan sehingga 12 tengah hari Jumaat.


Dua kes baru itu melibatkan warga Singapura dan satu kes melibatkan Penduduk Tetap (PR).


Dua kes melibatkan pemegang pas kerja dan empat kes melibatkan pemegang permit kerja.


Daripada enam kes pemegang pas kerja dan permit kerja ini, lima dikesan semasa pemeriksaan proaktif yang dikendalikan MOH.


“Antaranya, tiga kes diuji sebagai sebahagian pemeriksaan pekerja migran kami yang tinggal di rumah kedai di Balestier Road, yang terletak berdekatan kelompok lain di kawasan yang sama.


“Dua lagi kes diuji sebelum mereka memulakan kerja memasang paip atau elektrikal di sekolah sebagai langkah pencegahan untuk persiapan membuka semula sekolah dengan selamat. Baki kes berkait hubung dengan kes awal, dan telah dikuarantin sebelum ini,” kata kementerian itu dalam kenyataannya.


MOH berkata jumlah kes baru harian dalam masyarakat telah merosot kepada purata lima kes setiap hari pada minggu lalu, berbanding enam kes sehari minggu sebelumnya.


Jumlah kes tidak berkait dalam masyarakat kekal pada purata dua kes setiap hari sejak dua minggu lalu.


Daripada kes baru itu, sejumlah 602 kes melibatkan pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama.


Secara keseluruhannya, seramai 33,860 telah disahkan positif Covid-19 di Singapura sejauh ini.


Pasaraya NTUC Fairprice di Pusat Membeli-belah Taman Jurong telah disenaraikan sebagai tempat awam yang dikunjungi pesakit Covid-19 semasa mereka masih berjangkit.


Sebelum ini, MOH melaporkan tujuh lokasi termasuk pasaraya di Bukit dan Jurong Point, dan dua pasar basah di Jurong West.


Kes aktif berada di pasaraya di Pusat Membeli-belah Taman Jurong pada 20 Mei, 7 hingga 8 malam, dan pada 22 Mei, 8.30 hingga 9 malam.


MOH sebelum ini mengesahkan 13 kakitangan prasekolah telah diuji positif bagi Covid-19 sejak pemeriksaan aktif bagi golongan itu dijalankan bulan ini.


Lebih 39,000 kakitangan prasekolah telah mengambil ujian swab itu.


MOH pada malam ini berkata 12 daripada kes diuji positif itu tidak mungkin berjangkit pada saat mereka diuji semasa pemeriksaan baru-baru ini, sementara seorang dijangkiti baru-baru ini.


Sehingga malam Jumaat, seramai 19,631 telah pulih sepenuhnya.


Seramai 461 masih dirawat di hospital, termasuk lapan di unit jagaan rapi.


Sejumlah 13,745 pesakit pula berada di kemudahan masyarakat.


Seramai 23 pesakit Covid-19 telah meninggal dunia akibat komplikasi penyakit tersebut.


Sembilan yang lain yang diuji positif Covid-19 pula meninggal dunia atas sebab-sebab lain.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >