Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

138 diberkas dalam operasi CNB, coklat dan gula-gula campuran ganja antara yang dirampas

Oct 25, 2019 | 05:00 PM



SERAMAI 138 yang disyaki pesalah dadah ditangkap dalam operasi empat hari yang dikendalikan Biro Narkotik Pusat (CNB) dari 21 hingga 25 Oktober.


Dadah yang berjaya dirampas termasuk 236 gram bahan psikoaktif baru, 99 gram ‘Ice’, 34 gram heroin, 30 gram ganja, 31 pil Erimin-5, 10 pil Ecstasy dan sedikit ketamin dalam operasi terbaru itu.


Ini termasuk beberapa ‘coklat ganja’ dan gula-gula strawberi yang dicampur dengan ganja, yang dirampas dalam serbuan yang dilakukan di kawasan Cho Chu Kang.


Suspek, seorang wanita warga Singapura berusia 25 tahun turut menyerahkan 7 gram bahan sayur-sayuran yang dipercayai mengandungi ganja dan bahan yang digunakan untuk mengambil dadah.


Operasi seluruh Singapura itu disokong Pasukan Polis Singapura (SPF) merangkumi kawasan Ang Mo Kio, Bedok, Choa Chu Kang, Hougang, Punggol, Sengkang dan Serangoon.


Siasatan terhadap aktiviti berkaitan dadah kesemua individu yang ditangkap masih dijalankan.


Dalam kenyataan tersebut, CNB berkata mereka sedar beberapa negara tidak lagi menganggap penjualan ganja atau produk yang mengandungi ganja sebagai satu jenayah, namun ingin mengingatkan masyarakat awam bahawa ini kekal sebagai satu jenayah di Singapura di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.


Ini tidak kira jumlah ganja di dalam produk-produk tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >