Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1.4 bilion berisiko tinggi tidak bersenam: WHO

Sep 05, 2018 | 03:00 PM



 PARIS: Lebih daripada 1.4 bilion orang dewasa berdepan risiko tinggi menghidap penyakit membawa maut kerana tidak cukup bersenam, kata pengamal perubatan.



Ketika negara-negara yang lebih kaya menikmati gaya hidup yang lebih selesa dan tidak aktif, satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata satu pertiga daripada wanita dan satu perempat lelaki di seluruh dunia berada di gerbang ancaman penyakit yang membawa maut seperti masalah penyakit, kencing manis dan kanser melainkan mereka meningkat aktiviti fizikal mereka.



“Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi adalah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, dan mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan mental dan kualiti hidup,” menurut kajian mengenai tahap senaman dunia yang diterbitkan Rabu lalu oleh The Lancet Global Health Journal.



WHO mengesyorkan setiap orang dewasa melakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman ‘tahap sederhana’ seperti jalan laju, berenang atau berbasikal setiap minggu, atau 75 minit aktiviti lebih lasak seperti larian atau sukan berpasukan.



Kajian ini mengesan tahap aktiviti 1.9 juta orang di 168 negara di seluruh dunia pada 2016.



Para penyelidik mendapati tiada peningkatan dalam tahap aktiviti fizikal sejak 2001, walaupun banyak inisiatif kesihatan awam menjelaskan mengenai manfaat bersenam.



Penulis kajian turut mendedahkan beberapa kecenderungan yang membimbangkan, termasuk perbezaan yang ketara dalam kadar latihan antara negara miskin dan kaya, dan antara lelaki dan wanita. - AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >