Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

14 haiwan ditemui hidup dalam flat kotor di Bukit Merah

Jul 02, 2022 | 05:22 PM



14 haiwan telah ditemui hidup dalam keadaan yang teruk di sebuah flat HDB di Bukit Merah, lapor akhbar The New Paper, semalam.



Flat itu yang terletak di blok 92 Henderson Road, disewa oleh seorang wanita tua yang suka mengumpul dan menyimpan barang terpakai, menurut dua sukarelawan, Cik Calesta Teo dan Cik Fion Phua yang menemui keadaan itu. 



Cik Teo dan Cik Phua adalah sukarelawan dengan Keeping Hope Alive, satu inisiatif yang ditubuhkan Cik Phua untuk menyediakan kehidupan lebih baik kepada warga Singapura kurang bernasib baik dengan melawat flat HDB satu hingga dua bilik untuk menolong mereka yang susah. 



Menurtu Cik Teo, mahasiswi Universiti Nasional Singapura (NUS), beliau bersama sukarelawan lain telah ke flat itu untuk membersihkannya apabila mereka sedar bahawa haiwan-haiwan dalam keadaan yang tertekan. 



Cik Phua memuat naik video di Facebook yang menunjukkan bahawa rumah itu mempunyai 10 kucing, tiga kura-kura dan seekor arnab. Berdasarkan video dan gambar, rumah itu kelihatan dalam keadaan yang amat kotor. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >