Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1.4 juta warga SG terima baucar GST

Jun 02, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 1.4 juta warga Singapura bergaji lebih rendah akan menerima baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV) bernilai sehingga $500 dari bulan ini.



Mereka akan menerima GSTV- Bayaran Khas Tunai sebanyak $200 dari bulan ini dan GSTV-Tunai dan MediSave dari Julai, kata Kementerian Kewangan (MOF).



Dalam 1.4 juta warga Singapura yang layak itu, sembilan daripada 10 mereka akan menerima bayaran GSTV masing-masing secara automatik, tambah MOF.



Dalam pada itu, sekitar 950,000 isi rumah warga Singapura yang tinggal di flat HDB akan menerima rebat GSTV-U-Save dan GSTV-Bayaran Khas U-Save bulan depan.



Kedua-dua GSTV-Bayaran Khas Tunai dan GSTV-Bayaran Khas U-Save merupakan sebahagian Pakej Sokongan Isi Rumah berjumlah $900 juta yang diumumkan semasa Belanjawan 2021 yang bertujuan menyediakan sokongan tambahan bagi keluarga dalam tempoh sukar ini.



Keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana akan menerima lebih.



Menurut MOF, GSTV-Bayaran Khas Tunai akan diagihkan secara langsung ke akaun bank warga Singapura yang layak bermula 23 Jun ini.



Ia menggalakkan warga Singapura supaya menghubungkan NRIC kepada PayNow untuk menerima wang mereka lebih awal.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, MOF berkata, PayNow-NRIC akan dijadikan mod bayaran tambahan bagi GSTV - Tunai dan Bayaran Khas Tunai.



"Bermula tahun ini, MOF akan menggunakan PayNow-NRIC sebagai mod bayaran utama bagi warga yang telah menghubungkan NRIC mereka kepada PayNow.



"Warga digalakkan menghubungkan NRIC kepada PayNow selewat-lewatnya 15 Jun 2021 untuk menerima GSTV-Bayaran Khas Tunai dan GSTV-Tunai lebih awal, dari 23 Jun 2021 dan 30 Julai 2021," kata MOF.



Mereka yang telah menghubungkan nombor kad pengenalan (NRIC) dengan akaun PayNow mereka selewat-lewatnya 15 Jun ini akan menerima GSTV-Bayaran Tunai pada 23 Jun.



Mereka yang tidak mempunyai akaun bank yang berhubung dengan NRIC dan PayNow tetapi sudah memberikan nombor akaun bank kepada pemerintah sebelum ini akan menerima bayaran tersebut melalui pemindahan bank pada 30 Jun.



Mereka yang belum lagi memberikan nombor akaun bank kepada pemerintah boleh melakukan demikian dengan melungsuri gstvoucher.gov.sg



Cek akan dihantar ke alamat individu lain yang layak pula bermula 15 Julai, jelas MOF.



Sementara itu, GSTV-Tunai sehingga $300 akan diagihkan kepada akaun bank warga Singapura bermula 30 Julai.



Skim Baucar GST diperkenalkan pada 2012 untuk membantu warga Singapura yang bergaji lebih rendah dan bergaji pertengahan menanggung sebahagian perbelanjaan GST. Skim tahunan ini merangkumi tiga komponen, iaitu tunai, MediSave dan U-Save.



Sekitar 575,000 warga Singapura berusia 65 tahun ke atas pada 2021 pula akan menerima tokokan sebanyak sehingga $450 masing-masing kepada Akaun MediSave Tabung Simpanan Pekerja bermula 30 Julai ini. Secara keseluruhan, tokokan ini berjumlah sekitar $170 juta.



Rebat U-Save dan Bayaran Khas U-Save - yang dimasukkan langsung ke akaun bil elektrik gas dan air pemilik flat HDB - berjumlah sekitar $460 juta.



Rebat bagi tahun kewangan 2021 adalah antara $355 dengan $595, bergantung pada jenis flat HDB.



Warga Singapura yang belum mendaftar bagi baucar GST boleh berbuat demikian sejak semalam. Mereka yang telah mendaftar sebelum ini akan mendapat bayaran secara automatik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >