Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

14 kemudahan aktif disediakan untuk kontak rapat kes Covid-19, 12 lagi akan ditukar jika perlu: MOH

Dec 24, 2021 | 06:01 PM



SINGAPURA merancang untuk menambah bilangan kemudahan khusus bagi kontak rapat kes Covid-19 sebanyak dua kali ganda jika perlu, sebagai persediaan menghadapi kemungkinan lonjakan jangkitan akibat varian Omicron.


Terdapat 14 kemudahan khusus aktif hingga Rabu lalu (22 Dis), dan Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menimbangkan untuk menukar 12 kemudahan khusus tambahan dalam masa satu bulan akan datang, jika diperlukan.


Kemudahan itu akan dapat menampung hingga 11,000 orang secara keseluruhan, kata jurucakap MOH kepada The Straits Times pada Jumaat (24 Dis).


Kementerian itu mempunyai rancangan lanjut untuk menghadapi pelbagai senario, tambah jurucakap itu.


Singapura telah mengambil pelbagai langkah untuk berjaga-jaga terhadap varian Omicron yang sangat mudah menular, termasuk mengetatkan langkah sempadannya, melanjutkan program vaksinasi dan penggalak kepada lebih banyak kumpulan umur, dan meningkatkan kapasiti penjagaan kesihatan jika perlu.


Terdapat 71 kes Omicron yang disahkan dikesan di Singapura hingga 20 Disember lalu, terdiri daripada 65 kes import dan enam kes tempatan.


Walaupun MOH sebelum ini berkata kes Omicron akan diasingkan untuk rawatan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), difahamkan segelintir mereka dihantar ke Oasia Hotel Novena untuk rawatan.


Hotel itu diumumkan sebagai kemudahan rawatan masyarakat untuk kes Covid-19 pada Oktober, dan terletak berhampiran NCID.


Dengan bilangan kes import Covid-19 meningkat - mencecah rekod 89 kes setakat semalam (23 Dis) - anak kapal Singapore Airlines (SIA) yang mengendalikan penerbangan dari United Kingdom kini diwajibkan memakai gaun pelindung, selain langkah berjaga-jaga semasa seperti memakai pelitup dan pelindung mata.


Difahamkan langkah berjaga-jaga baru itu diperkenalkan baru-baru ini berikutan laporan beberapa kes Omicron dalam kalangan pelancong dari Britain.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >