Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

14 korban Covid-19 di S'pura; 3,637 jangkitan baru

Oct 22, 2021 | 11:29 PM

Seramai 14 warga Singapura, berusia antara 41 dengan 97 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah kematian di sini akibat virus itu sebanyak 294.

Mereka yang terkorban itu terdiri daripada tujuh lelaki dan tujuh wanita, kata Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (22 Okt).

Tujuh daripada mereka tidak divaksin, enam telah divaksin sepenuhnya dan satu lagi baru  menerima satu dos vaksin.

Kesemua mereka mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih rentan, kata MOH.

Salah seorang daripada mereka, seorang individu berusia 41 tahun, telah divaksin tetapi mengalami imunokompromi dan penyakit paru-paru yang teruk.

Kematian berkaitan dengan Covid-19 telah dicatat setiap hari sejak 20 September.

Terdapat 3,637 jangkitan Covid-19 baru secara keseluruhan, terdiri daripada 3,039 kes masyarakat baru, 592 di asrama pekerja migran dan enam kes yang diimport.

Kes masyarakat termasuk 528 orang berumur lebih 60 tahun.

Jumlah kes di Singapura kini 165,663.

Di kalangan kelompok besar yang dipantau, lima mempunyai kes baru.

Rumah penjagaan warga emas Bukit Batok Home for the Aged mempunyai 20 kes baru, menjadikan keseluruhan 129 kes.

Dua kes baru ditambah ke prasekolah PCF Sparkletots di Zhenghua di Senja Road, menjadikan jumlah 19 kes.

Rumah masyarakat bagi warga emas AWWA di Ang Mo Kio mempunyai 22 kes baru menjadikan jumlah 44 kes.

MWS Christalite Methodist Home di Marsiling mempunyai tiga kes baru menjadikan jumlah 121.

Banyan Home di Pelangi Village di Buangkok pula mempunyai 10 kes baru menjadikan jumlah 52.

Hari ini terdapat 17,766 pesakit dalam pemulihan di rumah, 4,645 di kemudahan penjagaan masyarakat dan 921 di kemudahan rawatan Covid-19.

Terdapat 1,609 pesakit di hospital, dengan 338 pesakit memerlukan sokongan oksigen.

Terdapat 57 pesakit di unit jagaan rapi.

Sejauh ini, 84 peratus penduduk telah divaksin sepenuhnya dan 85 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejumlah 655,029 orang telah menerima suntikan penggalak mereka dan 96,000 lagi telah membuat janji temu.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3