Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

14 lagi kematian Covid-19 di S'pura; 2,470 jangkitan baru

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan turun kepada 1.05
Nov 01, 2021 | 11:35 PM



SERAMAI 14 orang berusia antara 56 dengan 95 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah kematian di sini akibat virus itu sebanyak 421.


Kesemua mereka mempunyai pelbagai kondisi perubatan lain kecuali satu kes yang tidak divaksin, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (1 Nov).


Terdapat 2,470 jangkitan Covid-19 baru secara keseluruhan, terdiri daripada 2,189 kes baru dalam masyarakat, 278 di asrama pekerja migran dan tiga kes yang diimport.


Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan ialah 1.05, turun daripada 1.12 pada Ahad.


Ini merujuk kepada nisbah kes masyarakat dalam seminggu lalu berbanding minggu sebelumnya.


Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan lebih daripada satu menunjukkan bahawa bilangan kes mingguan baru Covid-19 masih meningkat.


Jumlah kes di Singapura kini 200,844.


MOH berkata terdapat 288 pesakit memerlukan sokongan oksigen di wad biasa, 67 yang tidak stabil dan sedang dipantau di unit jagaan rapi (ICU), dan 62 yang sakit teruk di ICU.


Kadar penggunaan keseluruhan ICU ialah 67.1 peratus, turun daripada 68.3 peratus sehari sebelumnya.


Daripada 383 katil ICU, 129 kini mempunyai pesakit Covid-19. Lagi 128 mempunyai pesakit yang bukan dijangkiti Covid-19 dan 126 katil kosong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >