Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

14 perkhidmatan bas terjejas dek penutupan jalan bagi raptai NDP

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 14 perkhidmatan bas akan terjejas pada Sabtu ini (25 Jun) berikutan penutupan jalan untuk raptai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).



Perkhidmatan bas yang terjejas adalah SMRT 75, 960 dan 960E; SBS Transit 56, 70M, 111, 133, 162M, 195 dan 502; dan bas Tower Transit 77, 97, 106 dan 857.



SMRT berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa perkhidmatan basnya tidak akan berhenti di dua perhentian bas di Raffles Avenue.



Kedua-dua SBS Transit dan Tower Transit berkata di laman web mereka bahawa perkhidmatan bas masing-masing tidak akan berhenti di 11 perhentian bas di Raffles Avenue, Bayfront Avenue, Central Boulevard dan Marina Boulevard.



Ketiga-tiga pengendali berkata perkhidmatan bas mereka akan terjejas dari 7.30 pagi hingga 10.30 malam pada Sabtu.



NDP tahun ini akan diadakan di platform terapung Marina Bay dan akan dibuka kepada orang ramai, kali pertama dalam tempoh dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >