Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

140 keluarga Melayu di flat sewa jaya miliki flat HDB sendiri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

140 keluarga Melayu di flat sewa jaya miliki flat HDB sendiri

Desmond Lee: Perangkaan bagi tempoh antara Jan-Jun 2022; M3 akan terus sokong golongan ini manfaat bantuan pemerintah
Aug 03, 2022 | 05:30 AM

SEKITAR 140 isi rumah Melayu yang tinggal di flat sewa awam berjaya memiliki dan membeli flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mereka sendiri antara Januari dengan Jun tahun ini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Antara Jun tahun lalu dengan Jun tahun ini, sekitar 70 isi rumah Melayu telah melepaskan pemilikan flat mereka dan berjaya memohon bagi flat sewa awam, tambah beliau.

Encik Lee berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Parlimen oleh Anggota Parlimen (AP) Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied) yang bertanya tentang jumlah isi rumah Melayu yang berpindah dari flat sewa dan berjaya memiliki flat sendiri, dan jumlah isi rumah Melayu yang telah melepaskan pemilikan flat mereka dan memohon bagi flat sewa awam.

Encik Lee menambah bahawa sehingga 30 Jun lalu, terdapat sekitar 17,600 isi rumah Melayu yang tinggal di flat sewa awam.

"Kami akan terus bekerja rapat dengan inisiatif ComLink Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), agensi sosial dan rakan masyarakat lain, untuk mempertingkat isi rumah sewa awam dan menyokong mereka dalam perjalanan ke arah pemilikan rumah," kata beliau.

Dalam soalan berasingan oleh Encik Faisal mengenai jumlah isi rumah Melayu yang dibantu memiliki rumah sendiri di bawah Projek Dian@M³ pula, Encik Lee berkata sejauh ini, M3@Bandar dan sukarelawan mereka telah mendekati 170 daripada 252 keluarga Melayu/Islam yang tinggal di tiga blok sewa di tiga kawasan.

Ini termasuk 49 keluarga di M³@Bedok, 72 keluarga di M³@Geylang Serai dan 49 keluarga di M³@Jalan Besar.

Encik Lee menambah bahawa dalam kalangan keluarga yang kini berada di bawah Projek Dian@M³, kesemuanya masih berusaha ke arah pemilikan rumah.

Dilancarkan pada Disember tahun lalu di tiga blok sewa awam di M³@Bedok, M³@Geylang Serai dan M³@Jalan Besar, Projek Dian@M³ bertujuan menyokong keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa awam untuk mencapai kestabilan, sikap berdikari dan mobiliti sosial.

Projek itu dikendalikan Pejabat Penyelarasan Pendekatan M³.

Encik Lee berkata projek itu melengkapi usaha pemerintah dalam menyokong isi rumah yang tinggal di flat sewa awam dengan menyediakan sokongan menyeluruh bagi keluarga Melayu/Islam di flat sewa dan menghubungkan mereka dengan program masyarakat dan nasional.

Encik Lee menambah bahawa profil keluarga yang didekati di bawah projek itu pelbagai, dan mereka berada di tahap kemajuan yang berbeza.

"Ada yang menghadapi cabaran lain, seperti cabaran pekerjaan, masalah keluarga dan masalah kesihatan.

"M³ terus bekerjasama dengan rakan dan sukarelawannya, dan memanfaatkan skim pemerintah untuk menyokong keluarga ini mencapai kestabilan, sikap berdikari dan mobiliti sosial," kata beliau.


"Ada yang menghadapi cabaran lain, seperti cabaran pekerjaan, masalah keluarga dan masalah kesihatan.
M³ terus bekerjasama dengan rakan dan sukarelawannya, dan memanfaatkan skim pemerintah untuk menyokong keluarga ini mencapai kestabilan, sikap berdikari dan mobiliti sosial."

- Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3