Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

140 syarikat diarah henti operasi langgar pengurusan selamat Covid-19

Feb 07, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 140 syarikat perlu menghentikan operasi setelah didapati melanggar langkah pengurusan selamat Covid-19 di tempat kerja yang diperkenalkan Mac tahun lalu.



Lagi 280 syarikat pula didenda kerana tidak mengikuti langkah-langkah tersebut, setelah pemeriksaan dari 36,000 tempat kerja sejak Mac lalu, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



"Langkah-langkah pengurusan selamat yang lazimnya tidak dipatuhi syarikat ialah mempunyai peratusan pekerja yang tinggi yang melapor ke tempat kerja untuk jangka masa yang panjang walaupun mereka dapat melakukan pekerjaan dari rumah," kata jurucakap kementerian itu.



Terdapat juga beberapa syarikat yang gagal melaksanakan langkah jarak selamat di antara stesen bekerja dan bilik mesyuarat, seperti tidak menjarakkan kerusi dengan jarak satu meter.



Semua syarikat yang didenda oleh MOM merupakan pesalah kali pertama, kata jurucakap itu, seperti ditukil The Straits Times.



Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, syarikat diingatkan untuk tidak menganjurkan perjumpaan sosial seperti acara lohei atau jamuan Tahun Baru Cina.



"Bulan lalu, Singapura menyaksikan dua kelompok jangkitan Covid-19 di tempat kerja.



"Kemunculan kes jangkitan dalam masyarakat yang berlanjutan dan varian virus yang lebih mudah menular, meningkatkan risiko penularan di tempat kerja dan menjadi satu keprihatinan," kata MOM lagi.



MOM menyarankan supaya syarikat menunjukkan penghargaan dengan menghantar pakej penghargaan kepada pekerja atau menganjurkan perayaan secara dalam talian.



MOM juga menambah bahawa sedang tempat kerja dipantau, kementerian akan bekerja bersama dengan pegawai pengurusan selamat yang dilantik mengenai rancangan kesihatan dan jadual keselamatan tempat kerja mereka.



Rancangan ini termasuk, jadual bagi pasukan serta rancangan pemindahan yang akan dilaksanakan sekiranya terdapat pekerja yang tidak sihat, terutama mereka yang disyaki mempunyai Covid-19.



"Garis batas perlu ada untuk menunjukkan jarak selamat (sekurang-kurangnya jarak satu meter), mengurangkan tempat sentuhan yang biasa, dan pembersihan biasa secara kerap," kata MOM.



Syarikat yang melanggar langkah pengurusan selamat boleh didenda sehingga $1,000 dan pesalah berulang boleh didenda sehingga $2,000.



MOM mengingatkan majikan dan pekerja untuk terus memerhatikan langkah-langkah pengurusan selamat di tempat kerja yang amat penting untuk pembukaan semula ekonomi dengan selamat.



Langkah pengurusan selamat di tempat kerja dilaksanakan pada akhir pemutus litar pada Jun tahun lalu.



Langkah-langkah itu kemudian dilonggarkan pada 28 September ketika lebih ramai pekerja dibenarkan kembali ke pejabat.



Bulan lalu, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan MOM berkata bekerja dari rumah harus tetap menjadi keutamaan bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 di tempat kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >