Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,400 peserta berjalan sejauh 100 kilometer demi tingkat kesedaran penyakit mental

Sep 23, 2017 | 01:46 PM



SERAMAI 1,400 peserta menyertai acara dwitahunan Let’s Take A Walk dan berjalan sejauh 100 kilometer demi meningkatkan kesedaran bagi mereka yang menjaga pesakit mental.



Ini merupakan jumlah penyertaan tertinggi dalam acara itu, yang diadakan hari ini, selama tempoh 10 tahun. 



Peserta yang berusia sekecil enam tahun hinggalah warga emas berusia 75 tahun telah menyertai acara tersebut dalam empat kategori- 10 kilometer, 50 kilometer, 50 kilometer (malam), dan 100 kilometer.



Acara tersebut dianjurkan sukarelawan dari Raleigh Singapore, kumpulan tidak berkeuntungan yang bertujuan untuk membantu belia belajar sambil mengembara. 



Salah seorang peserta Encik Yang Tiong Hock berkongsi bahawa sebelum ini beliau hanya pernah berjalan sejauh 40 kilometer namun kali ini akan menambah 60 kilometer untuk meningkatkan kesedaran tentang penjaga lain yang senasib sepertinya. 



Encik Yang, yang bekerja sebagai seorang pengurus mutu di sebuah syarikat farmasi kini menjaga ibu dan adiknya yang mengalami skizofrenia, kakaknya yang mengalami masalah ‘schizoaffective’ dan seorang lagi adik yang mengalami masalah bipolar. 



Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore Cik Denise Phua berkata bahawa beliau gembira Raleigh memperjuangkan isu tersebut. 



Katanya: “Kesedaran mengenai masalah mental semakin meningkat, namun penerimaan dan mempelajari cara untuk memberikan respons kepada mereka yang mengalami masalah ini masih perlu diusahakan dengan lebih lanjut.” 



“Malah, inklusiviti sosial dan pemahaman merupakan salah satu strategi utama yang akan membantu dalam keadaan demikian.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >