Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

140,000 majikan terima pembayaran Skim Bantuan Pekerjaan $4 bilion mulai 29 Julai

Jul 19, 2020 | 03:52 PM

LEBIH $4 bilion di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) akan dibayar kepada 140,000 majikan mulai 29 Julai ini demi membantu mereka mengekalkan pekerja.


Ini akan membantu perniagaan membayar gaji sekitar 1.9 juta pekerja setempat secara keseluruhannya, kata Kementerian Kewangan (MOF) pada Ahad (19 Julai).


Dengan pembayaran terkini itu, jumlah keseluruhan yang diberikan akan menjangkau $15 bilion, kata kementerian itu dalam satu kenyataan bersama dengan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).


JSS diperkenalkan dalam pusingan pertama pakej sokongan Belanjawan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, pada Februari lalu.


Di bawah skim itu, syarikat boleh mendapat sokongan gaji sehingga 75 peratus daripada gaji bulanan kasar $4,600 yang pertama bagi setiap pekerja setempat.

Sektor yang lebih teruk terjejas dengan pandemik Covid-19, seperti sektor penerbangan dan pelancongan, akan mendapat lebih banyak sokongan di bawah skim itu.


MOF dan Iras berkata pembayaran bulan ini akan menyokong gaji yang dibayar kepada pekerja setempat dalam bulan Februari dan Mac.


Di samping itu, semua majikan juga akan mendapat sokongan 75 peratus bagi gaji yang dibayar semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan pada April lalu.


Encik Heng dalam satu catatan di Facebook pada Ahad menggesa majikan agar melakukan yang terbaik mungkin untuk mengekalkan kakitangan mereka.


Beliau turut menggesa majikan agar mengambil kesempatan untuk mengubah operasi mereka dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka dalam tempoh ini.


"Bersama-sama kita dapat muncul lebih kuat daripada krisis ini," tulisnya. 

 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >