Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

140,000 SMS dikirim kepada warga emas ambil vaksin penggalak Covid-19: MOH

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN pertama sebanyak 140,000 kiriman SMS bagi mengajak warga emas untuk mendapatkan suntikan vaksin penggalak atau 'booster' Covid-19 telah dikirimkan kepada mereka yang layak menerima suntikan itu dengan lebih banyak lagi kiriman teks dijangka dikirim setiap minggu, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Kementerian itu juga menjelaskan bahawa golongan warga emas tersebut, berusia 60 tahun dan ke atas, boleh mendapatkan suntikan booster itu di pusat-pusat pemvaksinan, poliklinik atau di klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang mengambil bahagian dalam usaha itu, lapor The Straits Times (ST).



Namun, latihan pemvaksinan tanpa janji temu atau walk-in belum lagi disediakan dan tempahan perlu dibuat dahulu, kata MOH.



Rabu lalu, Singapura memulakan program nasional bagi suntikan vaksin booster.



Warga emas yang sudah selesai rejimen pemvaksinan mereka pada sekitar Mac lalu merupakan golongan pertama yang akan menerima suntikan ketiga itu.



Mereka diperlukan membuat tempahan janji temu menerusi pautan khusus yang diberikan kepada mereka melalui kiriman teks yang dikirim ke nombor telefon bimbit mereka yang telah didaftar bagi kedua-dua dos pertama.



Sebagai penjelasan kepada orang ramai, jurucakap MOH memberitahu ST bahawa kapasiti pusat vaksinasi setempat "lebih dari cukup untuk memenuhi bilangan (penerima suntikan ketiga itu)."



MOH sedang bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA), serta Pejabat Generasi Warga Emas untuk menggalak golongan berkenaan mendapatkan suntikan n booster itu menerusi panggilan telefon atau kunjungan rumah.



Warga emas juga boleh berkunjung ke kelab atau balai rakyat setempat untuk mendapatkan bantuan bagi menempah janji temu mereka dalam talian.



Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga telah mula menerima suntikan ketiga itu di hospital atau di klinik spesialis pesakit luar sejak Rabu lalu, kata MOH.



GolongaN tersebut telah dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan ketiga vaksin mRNA yang sama dua bulan selepas suntikan kedua mereka kerana ia memastikan mereka mempunyai perlindungan respons imun yang mencukupi terhadap virus Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >