Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

140,000 warga emas ditawar suntikan booster Covid-19: Ye Kung

Sep 14, 2021 | 11:39 PM



SEKITAR 140,000 warga emas ditawar membuat janji temu mendapatkan suntikan penggalak Covid-19 bermula Selasa (14 Sept) sementara mereka yang berada di rumah jagaan akan mula mendapat suntikan tambahan mereka itu dari esok.



Dalam catatan di Facebook, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata SMS akan dihantar dalam beberapa hari mendatang kepada warga emas untuk membuat janji temu tersebut di pusat-pusat vaksinasi, poliklinik atau Klinik Kesediaan Kesihatan Awam.



Bagi warga tua, pasukan vaksinasi bergerak telah diaktifkan, katanya, dan akan mengunjungi rumah untuk memberi suntikan kepada mereka yang tidak dapat bergerak, serta mereka yang berada di rumah jagaan.



Encik Ong turut berkata, dua kemudahan penjagaan masyarakat dengan kapasiti keseluruhan 1,000 katil akan dibangunkan menjelang hujung September.



"Bermula hari ini, kami akan menyediakan lagi 300 katil menjadikan 1,3000 katil pengasingan bagi kes Covid-19 di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dan hospital," tambahnya.



Beliau berkata warga emas tidak kira status vaksinasi mereka patut elak daripada keluar rumah terlalu kerap dan kurangkan aktiviti sosial serta berjumpa kenalan. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >