SYARIKAT Penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA), mengesahkan seramai 15 kakitangannya – anak kapal dan juruterbang - telah diuji positif Covid-19 sejak penularan bermula Mac lalu.
Dalam kenyataan semalam sebagai menjawab pertanyaan Berita Harian, jurucakap SIA menyatakan ia telah memberi kesemua sokongan yang perlu kepada kakitangan yang diuji positif dan "kami terus memantau keadaan dengan dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pelanggan dan kakitangan".