Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

15 kes Covid-19 di rumah jagaan NTUC Health merupakan penghuni

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



KESEMUA 15 kes Covid-19 di kelompok rumah jagaan NTUC Health di Jurong West merupakan penghuni dan tiada kakitangan perubatan dijangkiti, kata NTUC Health semalam.



Kenyataan NTUC Health itu dikeluarkan sedang 10 orang lagi berusia antara 66 dengan 98 tahun dilaporkan maut akibat Covid-19 kelmarin.



NTUC Health berkata tiada kakitangan yang bekerja di wad itu positif sejauh ini dan kawasan yang terjejas sudah diasingkan.



Selain ujian pemantauan secara berkala, baki 230 penghuni dan kakitangan harus melalui ujian tambahan.



Dalam kenyataannya, NTUC Health berkata bahawa mereka telah meningkatkan langkah berjaga-jaga sejak permulaan pandemik, dengan membahagikan zon untuk kakitangan mengurangkan risiko jangkitan di rumah penjagaan tersebut.



Ia juga telah meningkatkan kekerapan pembersihan dan penguatkuasaan langkah mengambil suhu badan dua kali sehari untuk semua penghuni.



Kakitangan yang perlu menggunakan pakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE) juga diuji dua kali seminggu dengan ujian pantas antigen (ART).



MOH mengumumkan Khamis lalu bahawa semua lawatan fizikal akan ditangguh hingga 21 November.



Kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata sembilan yang dilaporkan terkorban akibat Covid-19 mempunyai pelbagai masalah perubatan, dan seorang yang belum divaksinasi tidak mempunyai masalah perubatan lain.



Dengan ini, kematian Covid-19 di Singapura mencapai 339 orang.



Kelmarin merupakan hari ke-37 kematian Covid-19 dilaporkan berturut-turut.



Terdapat 3,277 kes baru Covid-19, menurut MOH, merangkumi 2,984 kes dalam masyarakat, 288 pekerja migran di dormitori dan lima kes import.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.11.



Kes dalam masyarakat termasuk 506 pesakit berusia lebih 60 tahun.



Kes Covid-19 di Singapura kini berjumlah 179,095.



Hingga kelmarin, 19,013 pesakit masih menjalani pemulihan di rumah, 4,570 di kemudahan masyarakat dan 878 di kemudahan rawatan Covid-19.



Terdapat 1,787 pesakit di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >