Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

15 majlis bandaran akan kitar alat MRT untuk kemudahan estet

Sebahagian inisiatif 'Action for Green Towns' majlis bandaran PAP bagi tingkat amalan kemampanan masyarakat
Jul 18, 2022 | 05:30 AM



BAGI membina kediaman yang lebih mampan di Singapura, 15 Majlis Bandaran akan mengitar tinggi atau upcycle alat-alat dari kereta api MRT dan menggunakannya semula untuk dimanfaatkan bagi memperbaiki kawasan kejiranan selain mengurangkan sisa.



Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Action for Green Towns (AGT) untuk meningkatkan amalan kemampanan dalam masyarakat serta menjadikan setiap bandar yang diuruskan Parti Tindakan Rakyat (PAP) sifar sisa, cekap tenaga dan lebih hijau - selaras dengan Rancangan Hijau Singapura 2030.



Menjelang 2025, 15 majlis bandaran itu akan mengguna semula sekurang-kurangnya 1,500 tempat duduk, 600 penutup interkom, 300 penutup lampu-lampu LED dan 1,400 selusur daripada kereta api MRT.



Alat-alat ini boleh digunakan sebagai tempat duduk di kawasan masyarakat, pasu bagi tumbuh-tumbuhan serta selusur bagi penduduk yang mempunyai cabaran mobiliti.



Inisiatif ini juga akan dapat menyelamatkan sekitar 14,400 kilogram bahan daripada dibuang ke tapak pelupusan di Pulau Semakau kerana tempat duduk dan penutup kereta api diperbuat daripada polimer bertetulang gentian (fibre reinforced polymer) dan tidak mudah dikitar semula.



Dimulakan sebagai menyahut gesaan awam oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) agar masyarakat dapat mengitar tinggi alat kereta api yang sudah lama dan boleh digantikan, majlis bandaran kemudiannya mengemudi projek kitar tinggi itu serta mengumpul maklum balas oleh penduduk sebelum memutuskan pelan itu sepenuhnya.



Berbanding dengan membeli kemudahan yang sama, mengitar tinggi alat-alat ini dapat menjimatkan majlis bandaran lebih $275,000 dan memberikan nilai yang lebih baik untuk penduduk.



Menjelaskan inisiatif itu di acara pelancarannya di Woodlands Drive semalam, Pengerusi Pasukan Bertindak AGT, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, berkata:



"Kerjasama dengan LTA ini merupakan satu lagi inisiatif yang menguntungkan dalam usaha kami ke arah bandar sifar sisa sedang kami menggunakan semula alat-alat kereta api ini menjadi kemudahan yang berguna di estet-estet kami."



Dr Wan, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, turut menambah beliau gembira dengan sumbangan saranan oleh penduduk tentang bagaimana mereka ingin menggunakan alat-alat MRT di kawasan kediaman mereka.



"Ramai yang telah memberi saranan dan juga cadangan (untuk menggunakan alat-alat MRT ini). Kami telah mendapat hampir 1,000 saranan yang sangat kreatif dan berharap dapat menggunakan idea-idea ini untuk diterapkan ke kawasan tempat tinggal kita," kata Dr Wan.



Naib Pengerusi Pasukan Bertindak AGT, Cik Hany Soh, berkata inisiatif ini juga membolehkan masyarakat menyumbang kepada usaha kemampanan Singapura.



"Antaranya adalah untuk mengurangkan sisa dan kita tahu bahawa Pulau Semakau semakin penuh dan kita semua ingin memainkan peranan sebagai warga Singapura untuk mengurangkan garis masa sebelum ia diisi sepenuhnya.



"Seterusnya adalah untuk mendapat penglibatan masyarakat menjadi juara kehijauan terutama bagi anak-anak muda kita," kata Cik Soh yang menambah bahawa Pulau Semakau dijangka penuh dalam tempoh 13 tahun.



Turut hadir dalam acara pelancaran inisiatif itu semalam adalah Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; Mayor Bandar Daerah North West, Encik Alex Yam; dan Pengerusi Penyelaras Majlis Bandaran PAP, Encik Lim Biow Chuan.




"Kerjasama dengan LTA ini merupakan satu lagi inisiatif yang menguntungkan dalam usaha kami ke arah bandar sifar sisa sedang kami menggunakan semula alat-alat kereta api ini menjadi kemudahan yang berguna di estet-estet kami... Ramai yang telah memberi saranan dan juga cadangan (untuk menggunakan alat-alat MRT ini). Kita telah mendapat hampir 1,000 saranan yang sangat kreatif dan berharap dapat gunakan idea-idea ini untuk diterapkan ke kawasan tempat tinggal kita."



- Dr Wan Rizal Wan Zakariah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >